Expired : 18.06.18

‘Tak Nak Staf Lelaki’ -Doktor Kongsi Kisah Si Ibu ‘Drama’ Saat Bayi Dalam Kandungan Hampir Lemas




Walaupun zaman sudah mencapai teknologi paras maju, masih terdapat golongan yang agak ‘sceptical’ dalam urusan harian mereka. Hal ini juga termasuk kepada prosedur perubatan terutama sekali prosedur bersalin yang memerlukan khidmat staff lelaki dalam sesetengah perkara.


Seperti yang dikongsikan menerusi laman Twitter ini, doktor ini turut berkongsikan pengalaman beliau berhdapan dengan situasi cemas dimana, wanita ini tidak mahu menggunakan khidmat staff lelaki ketika situasi kecemasan. Macam mana tu?






TIDAK MAHU TERIMA STAF LELAKI



Menerusi perkongsian yang dibuatnya di laman Twitter Junakarma, dia berkata seorang pesakit yang ditolak ke bahagian kecemasan sedang mengalami masalah fetal distress atau bayi dalam kandungan berada dalam keadaan lemas.










Namun malangnya, apa yang membuatkan ia tidak masuk akal apabila wanita tersebut memberikan reaksi yang kurang senang di wajahnya malah turut menolak untuk mendapatkan khidmat oleh darinya hanya kerana dia adalah seorang lelaki.







Tambah memburukkan keadaan adalah golongan anti-vaksin ini mempunyai pandangan yang agak berbeza apabila berkaitan dengan dunia perubatan. Katanya tidak patuh shariah.



ORANG RAMAI TURUT TAK PUAS HATI


Bukan sahaja doktor dan staf hospital yang perlu menghadapi kisah ini, apabila kisah ini dikongsikan di laman Twitter orang ramai turut meluahkan rasa tidak puas hati. Mana tidaknya, dalam situasi hidup dan mati bayi dalam kandungan masih banyak lagi persoalan mengenai kecekapan staff hospital.





*Ternyata apa yang berlaku adalah tidak wajar sama sekali. Penting juga untuk para ibu di luar sana untuk peka dengan situasi sebegini terutamanya bila nyawa kandungan dalam bahaya.


Sumber : Twitter Junakarma












Norlida Ishak Shop