Expired : 18.06.18

Tak Pasal-Pasal Kena ‘Explain’, Noor Khiriah Perjelas Isu Kuali Berkarat Kepada Netizen

Pelakon berbakat, Noorkhiriah tidak menyangka sama sekali kuali yang digunakannya untuk memasak telur telah menjadi perhatian netizen selepas dia memuat naik video memasak secara suka-suka.


Malah, ada segelintir netizen yang bertindak mengecamnya kerana mendakwa kuali yang digunakan kelihatan seperti tidak bersih.


Dia yang pada mulanya menganggap isu itu sebagai remeh kemudiannya tampil memberi penjelasan yang sebenarnya.





















View this post on Instagram



















Kalu ikut mls nak layan komen2 mengarut ni tp kdg2 kena gitau gak..sampai bila nak kena pijak2..bkn tahap akak nak gado2 dgn netizen dh tua dah cuma nak gitau..yg kuali bkerak tepi2 dia tu adalah karat besi bukan lendir…mana yg rasa xde apa nak komen rasanya sabarkan diri..jgn komen pape..video tu saja suka2 hiburkan hati..ada yg sakitati nape pulop…tayang keta,rumah,hbag kata riak..pdhal biarlaah hasil usaha masing2,post kuali bkerak..malas katanya kalu rajin sgt marilah tolong garas..


A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on









“Kalau ikutkan malas nak layan komen-komen mengarut ni tapi kadang-kadang kena beritahu juga. Sampai bila nak kena pijak-pijak. Bukan tahap akak nak gaduh-gaduh dengan netizen, dah tua dah.”


Pelakon drama Nur ini juga berasa hairan atas sikap sesetengah netizen yang mempunyai perasaan sakit hati atas apa yang dilakukan orang lain. Dia tampil menjelaskan bahawa kuali berkerak itu adalah karat besi dan bukannya lendir seperti yang didakwa netizen.


















View this post on Instagram



















Tak abis abis cerita kuali…. alang alang dah berkuali ni kan. Akak nak cerita sikit kisah surirumah ni . Surirumah ni memang sinonim dengan kuali. . . Jadi bila kuali menjadi topik hangat, surirumah ni pon rasa hangat macam kuali penuh minyak panas… . . Surirumah ni ada 2 orang anak. Kisah “masak apa tak jadi” tu memang selalu lah terjadi. . Al maklum la surirumah ni memang busy. Celik je mata terus haaaa panjang list kerja rumah. Tapi dia ni pandai urus masa. Dia tak de masa la nak kecam kecam ke, nak gosip x tentu arah ke, lagi lagi nak kecam kuali orang. . Masa yang ade tu dia buat bisnes dari rumah. Memang lah takde masa. Tapi dia cari masa 2-3 minit utk bisnes dia. Pastu ada masa sikit, dia update lagi. Dia kalau komen ke nak scroll ke , dia cari wanita wanita yg buat bisnes. Bagi support komen membina. . Jadi akak minta korang semua support bisnes surirumah ni yer. Dia jual simkad sepuluh ringgit jer pon. Share bisnes dia yer. . . Kalau tak kita kaum wanita ni yg support surirumah ni, siapa lagi kan. . Ini social media dia . FB : www.facebook.com/zaidahahmadkhan IG : zaidahkhan Youtube : www.bit.ly/youtubezaidahahmadkhan WHatsapp : 0111-887-9235 . #wanitadanbisnes #surirumahbergaji #surirumahtonewow #buatduitdarirumah #wanitasupportwanita #womenempowerment #womensupportingwomen #womeninbusiness


A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on




 Dalam entri instagramnya itu, Noor Khiriah mengatakan video tersebut dibuat atas dasar suka-suka untuk peminat yang mengikuti perkembangan beliau.


“Video itu saja suka-suka hiburkan hati tapi ada yang sakit hati kenapa pula? Tayang kereta, rumah dan handbag kata riak. Padahal biarlah usaha masing-masing. Post kuali berkerak..malas katanya kalau rajin sangat marilah tolong garas,”


Meninjau ruangan komen video penjelasan tersebut, ramai peminat menasihati Noor Khiriah supaya tidak mempedulikan netizen yang menghentamnya.