Expired : 18.06.18

Tak Payah Kecam Orang Kulit Putih Semata-Mata Nak Mengangkat Mereka Yang Kulit Hitam – Sarimah Ibrahim

Rasanya semua sudah tahu bahawa seorang peserta berkulit hitam manis baru sahaja dinobatkan sebagai juara sebuah program pencarian bakat popular. Ia sekaligus menyangkal persepsi bahawa kecantikan itu hanya dimiliki oleh mereka yang mempunyai kulit wajah putih melepak.



Namun, mula pula episod dimana ada sesetengah pihak mengecam dan mengutuk mereka yang berkulit putih.  Isu ini turut mendapat perhatian selebriti Che Puan Sarimah Ibrahim.



Wanita kacukan Irish-Melayu ini meluahkan rasa kesal terhadap mereka yang melemparkan pelbagai kata-kata tidak enak kepada mereka yang berkulit putih.


Setiap orang memiliki kelebihan yang tersendiri biarpun mempunyai warna kulit berbeza. Apa yang penting, biarlah kecantikan luaran itu seiring dengan kecantikan dalaman.


Norlida Ishak Shop