Expired : 18.06.18

"Tak Sabar Nak Tengok, Nak Gelak" - Giliran Mark Adam Pula Baca Berita!




Asraf Aided



Hiburan


Penyanyi terkenal, Mark Adam berkongsi sekeping foto ketika membaca berita untuk segmen Komuniti Awani di studio Astro Awani.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan pengikutnya.

Dalam foto tersebut, Mark kelihatan kemas menggayakan sut hijau dengan rambut yang disisir rapi.

"Belum cuba belum tahu, pembaca berita terbaik baru," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Mark seakan 'tidak sabar' untuk menonton penyanyi kegemaran mereka itu membaca berita.

Seperti diketahui umum, Mark selalu mencuit hati apabila sering tersasul dan tersilap menggunakan perkataan ketika bertutur dalam Bahasa Melayu.

"Risau sangat bila Mark jadi pembaca berita nanti, nak gelak ke nak serius.

"Tak sabar nak tengok, nak gelak.

"Belum tengok dah gelak," tulis netizen.
 




Selain Mark, Komuniti Awani juga telah menampilkan barisan selebriti popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy, Sufian Suhaimi dan ramai lagi sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti.
 

Norlida Ishak Shop