Expired : 18.06.18

Tak Sampai 2 Minggu Kena Tsunami, Indonesia Dilanda Puting Beliung Dahsyat!

 


Pejam celik, dah hampir 2 minggu sejak Indonesia dilanda tsunami, mengorbankan sekurang-kurangnya 430 mangsa pada 22 Disember lepas. Tsunami itu berpunca dari letusan gunung berapi Anak Kratakau.


Selepas tragedi tu pula, penerbangan yang sepatutnya melalui sekitar Anak Kratakau ditukar laluan dek kerana debu yang disebabkan oleh gunung berapi yang meletus tu.


Tapi, tak sampai 2 minggu dilanda Tsunami, Indonesia dikejutkan pula dengan bencana alam yang lain. Menurut Jakarta Post, semalam (30 Disember), kawasan Panguragan di Cirebon, Jawa Barat telah dilanda puting beliung.


Sumber: Jakarta Post

Sumber: Youtube

Insiden mengejutkan tu berlaku kira-kira jam 3.30 petang (waktu tempatan) dan telah mengorbankan satu nyawa dan merosakkan 165 buah rumah. Menurut pihak berkuasa,


“Seorang meninggal dunia, berusia 4 tahun ditimpa runtuhan rumah.”


Selain tu, puting beliung tersebut juga menyebabkan terputusnya bekalan elektrik di kebanyakan tempat dan kerosakan dua buah masjid. Difahamkan kesan daripada puting beliung itu kini sedang dikaji oleh Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan (BNPB) Indonesia.


Buat masa sekarang, data sedang dikutip dari pihak berkuasa, ketua kampung, sukarelawan kemanusiaan untuk kajian kesan puting beliung. Pihak berwajib juga sedang gigih menjalankan kerja membaiki tenaga elektrik yang rosak akibat puting beliung tersebut.


Beberapa gambar di kawasan bencana:



Sumber: Blog

Sumber: Blog

Sumber: Blog

Sumber: Blog

Sumber: Blog

The post Tak Sampai 2 Minggu Kena Tsunami, Indonesia Dilanda Puting Beliung Dahsyat! appeared first on ~~~ Kepala Paip ~~~.


Norlida Ishak Shop