Expired : 18.06.18

Tak Sampai 24 Jam Terjadi Lagi Sekali Dan Kali Ini Lebih Ramai Datang

Kekecohan tercetus lagi di sekitar kuil Seafield Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di Subang Jaya tidak sampai 24 jam selepas rusuhan awal pagi kelmarin.


Kekecohan terbaru berlaku ketika kira-kira 2,000 individu berkumpul di kawasan kuil itu sejak malam semalam, meskipun polis telah menggesa orang ramai bersurai.


Meskipun jumlah yang berkumpul semakin berkurangan, dalam kejadian terbaru sekitar pukul 1 pagi tadi, terdapat kebakaran baru dilihat di kawasan itu.


Beberapa individu dilihat menyerang lori bomba yang tiba di tempat kejadian. Mereka membaling objek ke arah lori bomba dan turut cuba menghalang petugas media yang berada di lokasi daripada membuat rakaman.


Sekumpulan besar individu turut berarak ke kompleks Once City dan menyerang pejabat pemaju yang merupakan pemilik tanah kuil berkenaan.


Anggota polis dan sekurang-kurangnya sebuah lori Polis Simpanan Persekutuan (FRU) berada di tempat kejadian.


Sementara itu, bekas pengerusi jawatankuasa kuil berkenaan, M Nagaraju berkata, kebanyakan individu yang berkumpul di luar kuil itu bukan penduduk tempatan.


Justeru, katanya, mereka sukar dikawal.


“Kami cuba nasihatkan mereka, tapi mereka enggan dengar.


“Kami faham kemarahan mereka, tapi ini bukan cara bertindak balas,” katanya.




Sumber : Mkini


Dikatakan Polis Lambat Sampai Ke Tempat Kejadian. Ini Respond Ketua Polis Negara Tentang Tuduhan Itu



SHAH ALAM – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan mereka lambat bertindak dalam menangani insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, di sini, awal pagi semalam.


Menurut Mohamad Fuzi, polis sampai ditempat kejadian kira-kira 10 minit, selepas mendapat panggilan daripada orang awam.


“Untuk makluman semua, kira jam 2:40 pagi bilik gerakan kami di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya telah nenerima satu panggilan daripada seorang orang awam yang di kenal pasti.


“Bertindak daripada maklumat itu kira-kira jam 2:50 pagi, polis dengan kekuatan empat Unit Kereta Peronda (MPV) dan beberapa buah motosikal daripada Unit Ronda Motosikal tiba di tempat kejadian,” katanya dalam sidang media, yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, sebentar tadi.


Justeru katanya, adalah tidak tepat dakwaan sesetengah pihak bahawa polis lambat bertindak dalam menangani rusuhan itu.


“Kita ada maklumat, jadi kita harap jangan buat spekulasi yang tidak bertempat, mereka tidak tahu situasi sebenar, kita sudah kawal keadaan,” katanya lagi.


Mengulas lanjut berhubung insiden itu, Mohamad Fuzi berkata setelah polis tiba ditempat kejadian didapati kira-kira 5o lelaki berada di kuil berkenaan.


“Keadaan jadi tidak terkawal, kemudiannya polis ambil tindakan segera apabila menjelang 5 pagi polis telah berjaya kawal keadaan dengan dibantu oleh polis Ibu Pejabat Serdang dan Anggota Unit Simpanan Persekutuan yang berjumlah 700 orang,” katanya.


Dalam insiden itu katanya 17 orang ditahan untuk membantu siasatan.


“Polis juga merampas dua bilah pedang, dua batang kayu dan dua paip getah,” katanya.


Dalam pada itu beliau mengulangi kenyataan pihak polis sebelum ini bahawa insiden ini bukan melibatkan rusuhan kaum.


“Polis kini mengawal ketat tempat kejadian, kita memantau 24 jam kawasan berkenaan.


“Jadi saya harap jangan ada lagi yang membuat spekulasi dan menyebarkan kenyataan palsu yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat awam,” katanya.


Sumber : SINAR HARIAN


Norlida Ishak Shop