Expired : 18.06.18

Tak Sampai Seminggu Agong Letak Jawatan, Bekas Ketua Hakim Ini Dedah Kesilapan Sultan Muhammad V


Bekas Ketua Hakim Negara, Abdul Hamid Mohamad mendakwa Yang
di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V melakukan beberapa kesilapan semasa
menduduki takhta, termasuk berhubung pengampunan ke atas Presiden PKR,
Anwar Ibrahim.


Menulis dalam satu rencana yang disiarkan di laman Umno Online dan
juga laman web peribadinya, Abdul Hamid berkata, adalah satu kesilapan
bagi Seri Paduka untuk memberitahu Perdana Menteri Dr Mahathir bahawa
baginda bersetuju untuk mengampunkan Anwar.


” Bahawa adalah satu kesilapan bagi Yang di-Pertuan Agong memberitahu Dr Mahathir bahawa baginda bersetuju untuk mengampunkan Anwar sebelum
mesyuarat Lembaga Pengampunan dan menerima kunjungan Anwar.


“ Lebih buruk lagi apabila Seri Paduka memberitahu Anwar bahawa beliau diampunkan kerana ketidakadilan yang dilakukan kepadanya.


“ Itu demoralise mahkamah, pendakwa raya dan polis kerana ia
seolah-oleh menyatakan bahawa mereka kelihatan seperti alat kerajaan
sebelumnya,” katanya.



Luar waktu pejabat


Selain peristiwa itu, bekas ketua hakim negara itu juga menyentuh
tentang semasa pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, baginda sering
mengadakan majlis-majlis angkat sumpah di luar waktu pejabat.


Ini, katanya, termasuk majlis mengangkat sumpah pelantikan
kontroversi Md Rauf Sharif sebagai ketua hakim Negara dan Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai presiden mahkamah rayuan untuk tempoh lanjutan yang
dilakukan pada waktu malam.


“ Begitu juga majlis angkat sumpah Richard Malanjum sebagai ketua
hakim negara. Ini adalah fungsi rasmi Yang di-Perttuan Agung yang
serius. Ia patut dilakukan di waktu pejabat,” katanya.


Abdul Hamid juga berkata, majlis mengangkat sumpah Dr Mahathir
sebagai perdana menteri ketujuh negara juga wajar diberi perhatian
khusus.


Katanya, apa yang berlaku pada malam 9 Mei sebaik sahaja pengumuman
keputusan pilihan raya ke-14 menunjukkan bahawa Pakatan Harapan (PH)
telah mendapat majoriti, Dr Mahathir telah ke Istana Negara untuk
mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.



Tanpa diundang


Ini, kerana, beliau takut kiranya akan berlaku lompatan parti oleh
ahli-ahli parlimen yang baru dipilih itu yang akan menyebabkan PH
kehilangan majoriti.


“ Bagi saya, adalah memalukan bagi seorang bakal perdana menteri
untuk pergi tanpa diundang, pada waktu malam, mungkin untuk mengejutkan
Yang di-Pertuan Agong jika baginda sedang beradu, untuk mengangkat
sumpah beliau sebagai perdana menteri.


“ Kedua, Agong tidak sepatutnya nampak seperti menjalankan tugasnya
di bawah tekanan. Seri Paduka berhak memuaskan dirinya siapa, menurut
pendapatnya, mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen yang baru
dipilih itu,” katanya.


Menurut Abdul Hamid, jika ahli-ahli Parlimen yang baru dipilih hendak menyeberang dan menyeberang balik malam itu, mereka seharusnya
dibenarkan berbuat demikian.


“ Sekurang-kurangnya, Seri Paduka sepatutnya berpeluang untuk
memuaskan diri baginda siapa yang mempunyai sokongan majoriti, pada
siang hari keesokan harinya,” katanya.


Sambil menyifatkan upacara mengangkat sumpah perdana menteri adalah
upacara paling penting yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata
bekas ketua hakim negara itu, ia perlu dilakukan di majlis yang sesuai.


“ (Ia) dihadiri oleh para VIP termasuk, saya cadangkan, mantan
perdana menteri terakhir, dan disiar secara langsung oleh televisyen.


“ Ia akan membuktikan bahawa demokrasi berjalan dengan baik di
Malaysia. Ia juga menunjukkan kematangan ahli-ahli politik di Malaysia..


“ Saya harap di masa hadapan Yang diPertuan Agong tidak akan tunduk
kepada tekanan. Biarkan calon perdana menteri piket di luar Istana
Negara sepanjang malam jika beliau mahu,” katanya.


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. KakiTular


sumber : malaysiakini


Norlida Ishak Shop