Expired : 18.06.18

“Tak Sampai Seminit Tengok Orang Penuh, Rasa Nak Pitam,”- Ozlynn Lebih Gemar Ke Pasar Berbanding Usha Item Mekap


Pelakon Ozlynn baru selesai membeli barangan dapur bersama suami, Johan dan anak-anaknya.


Kongsi Ozlynn, bil perbelanjaan barangan dapur mencecah bil hingga membayangkan ia setinggi anaknya, Chantiq.


“Bila bulan lepas beli brg dapur guna duit bini ko.. nahhhhh pembalasannya utk bulan nih… bil setinggi budak 5-6 tahun.


“Lain kali jgn sesekali ko berani skip duit perbelanjaan dapur yek!! Mau tinggal spender jek nnt ko kuar kedai.


“Jgn permainkan kuasa mak2 yg selalu duk umah n dapur yek.. akibatnya mau 5 bulan ko nangis tepi bucu katil merintih2 mintak advance duit minyak motor kt bini,” tulisnya.


Dalam pada itu, Ozlynn akui bahawa dia lebih gemar ke pasar berbanding barangan solekan.


“Aku lak jenis ko x bwk masok sephora pon xpe.. asalkan pasar dgn grocery store aku ada rasa heaven!!!


“Aritu sensorg aku saje masok sephora.. rasa x smp seminit aku tgk org penoh pastu aku mcm nak pitam.. xtau apa yg aku carik.. trus kuar n balik.bkn jiwa aku.


“Tapi kalau pasar!!! Berejam pon xpe belek sayur segar yg warna warni dgn lauk yg fresh.. perghhhh.. sape jenis mcm aku?? Rasa dapur dan memasak tu adalah syurga dunia..? Seppp sikit…




Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap perkongsian itu.



Untuk rekod, Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq dan Moleiq.


Foto: Instagram Ozlynn


Norlida Ishak Shop