Expired : 18.06.18

“Tak Sempat Nak Balik Kampung,”- Sheila Rusly Luah Rasa Sedih

Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.


Kongsi Sheila, dia tidak dapat bersama keluarganya untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung tercinta.


Difahamkan, penerbit berkenaan kini sedang sibuk menjalankan pengambaraan untuk sebuah drama berjudul Cindai.


Lalu, pengacara Ketuk-Ketuk Ramadan itu meluahkan rasa sedih bersama peminatnya.


“Raye ni awok tak sempat nak balik kampong. Ater awok sibuk nak nyiapkan Cindei.


“Awok blanje video ni nunjuk kan yg awok rindu bebenor kampong halaman. Uishhh sedih pulok temannnn…,” tulisnya.




Dalam pada itu, peminat turut memberi kata-kata semangat kepada penerbit berusia 47 tahun itu.



Untuk rekod, drama Cindai bakal menampilkan pelakon hebat seperti Ayda Jebat, Nazim Othman, Syazuwan Hassan, Catriona Ross dan ramai lagi.


Video : Instagram Sheila Rusly


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop