Expired : 18.06.18

Tak Sempat Sertai MLM 2019, Pelawak Kamal Cilok Meninggal Dunia


Pelawak kumpulan Chilok, Mohd Kamal Shah Saharuddin, 30 atau Kamal Sumbu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.40 petang di Hospital Putrajaya, hari ini.


Perkara itu disahkan rakan Allahyarham, Atoi Tohet.


Kawan-kawan. Mohon sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk sahabat dunia akhirat saya, Kamal Shah @ Kamal Sumbu yang baru saja menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Putrajaya tadi.


“Moga Allah rahmati rohnya dan letakkan bersama orang beriman. Aminnn. In shaa Allah,” tulisnya di Facebook.



Allahyarham mengalami pendarahan dalam kepala, patah bahu dan kaki selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Putrajaya jam 2 petang semalam.


Ketika itu, Allahyarham dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membuat penghantaran pesanan patin tempoyak di Sepang.


Kamal mula dikenali selepas menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) pada 2016 dan 2018 dan menjadi naib juara Bintang Mencari Bintang pada 2014.


Allahyarham sepatutnya menyertai MLM 2019 yang akan bersiaran pada 1 November ini.




Sumber : Facebook Atoi Tohet


Norlida Ishak Shop