Expired : 18.06.18

“Tak Sure Nampak Baby…”- Aeril Zafrel Teman Wawa Zainal Imbas Kandungan

Pelakon, Aeril Zafrel akui teruja melihat rakaman imbasan Ultrasound yang dilakukan isterinya, Wawa Zainal.


Aeril yang menemani Wawa melakukan imbasan tersebut berkongsi perasaannya menerusi video pendek dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini.




“Teman Wawa scan baby. Tak sure nampak baby ke nampak roti john dalam perut tu. Alhamdulillah… Doakan baby baik-baik sahaja semua,” tulisnya.




Video itu juga jelas menunjukkan gelagat anak-anaknya, Attar dan Hayla begitu teruja sebaik sahaja melihat imbasan ‘adiknya’ dipaparkan menerusi skrin yang disediakan.


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut IGnya mengucapkan tahniah dan mendoakan agar ibu dan bayi dalam kandungannya sihat.




Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!


Foto: Instagram @aeril_zafrel via Gempak



Norlida Ishak Shop