Expired : 18.06.18

"Tak Tahu La Jadi Ke Tak, Tapi ....." - Sissy Imann




Rozaimi Zubaidi



Hiburan


Bintang program realiti Big Stage dan penyanyi Sissy Imann mengakui bersyukur apabila diberikan tawaran untuk bergelar seorang pelakon.

Menurut Sissy, dia mahu terus mengembangkan bakat yang ada untuk bergelar seorang anak seni serba boleh dalam industri hiburan tempatan.

"Sissy sebenarnya sekarang ini telah berjinak-jinak dalam bidang lakonan. Tak tahu la jadi ke tak tapi itulah yang saya lakukan sekarang.

"Sekarang ini juga saya sedang menulis lirik untuk beberapa OST namun perkara itu masih dalam perbincangan. 

"Saya juga akan bersama komposer lain untuk bekerjasama, jadi tunggu buah tangan terbaharu daripada Sissy Iman.

"Buat masa sekarang saya masih mempromosikan single terbaharu Pesanan Ayahanda jadi diharapkan semua dapat menyokong Sissy," katanya kepada HLive.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). 


Norlida Ishak Shop