Expired : 18.06.18

Tak Tahu Nak Nangis Ke Nak Gelak…,”- Video Prank Cik B Bikin Netizen Terkedu


Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ramai selebriti berkongsi aktiviti harian seperti memasak, bersenam, menyanyi dan ada yang berkongsi aktiviti mereka di media sosial.


Terbaru, anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B ada berkongsi sebuah video di laman Instagram miliknya.


Video tersebut merakamkan Cik B seolah-olah ingin membuat video ‘prank’ kepada seseorang.



Let’s go! pic.twitter.com/vRZy8O4FNz


— cikb havoc (@HavocCikb) March 22, 2020



“Hai, semua! Hari ni saya nak prank ayah saya. So, let’s go.


“Eh, saya lupa saya takda ayah,” tulisnya.


Video yang dimuat naik di laman Instagram dan Twitter itu kemudiannya tular apabila meraih lebih 500,000 jumlah tontonan dan turut dihujani hampir 2000 komen.


Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat seakan terkejut dan terkedu  melihat video gurauan Cik B itu.



Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamillen Muhammad Amin merupakan seorang personaliti media sosial yang kini memiliki jumlah pengikut lebih 500,000 di Instagram.


Sumber: Twitter Cik B