Expired : 18.06.18

‘Tak timbul istilah boikot, lebih tepat hak memilih’


BANGI, 6 Muharram 1441H, Jumaat – Istilah boikot perlu dibuang dan diungkapkan semula kepada hak memilih, demikian tegas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau di Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Badli Shah Alauddin.


Beliau berkata, tidak timbul perkataan boikot, justeru perlu dibuang dan diungkapkan semula sebagai hak memilih yang mana lebih tepat, malah dijamin dalam Perlembagaan dan syarak.


“Secara prinsip dan perundangan membeli barang dengan sesiapa sahaja tidak timbul masalah tidak kira bangsa, kulit, agama. Itu dibenarkan secara undang-undang.


“Cuma dalam konteks sekarang, apa niat kita memilih yang ini tak nak pilih yang ini. Niat itu yang menjadikan nilaian ibadah,” katanya dalam Forum Perdana Ehwal Islam.


Badli berkata demikian ketika ditanya sama ada umat Islam perlu terpengaruh dengan kempen memboikot barangan golongan tertentu atas tujuan tertentu.


Beliau menyifatkan tidak menjadi masalah sekiranya niat seseorang untuk memilih sesuatu barang kerana produknya mahal, melakukan penipuan berkaitan sijil halal, menawarkan servis tidak berkualiti, mahupun menunjukkan rasa marah.


“Tapi niat terbaik ialah untuk perkasa ekonomi orang Islam. Walaupun mahal sedikit barang orang Islam, tapi perlu ingat orang Islam niaga ada (pembayaran) zakat, maka zakat itu akan kembali balik pada kita.


“Ada proses simbiosis. Ada orang lain niaga murah pun tak dapat dekat kita, habis begitu sahaja,” kata beliau.


Sebelum ini, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) menggerakkan Kempen Membeli Produk Muslim kepada masyarakat Islam di negara ini.


Kempen berkenaan bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.


Kempen Beli Produk Muslim juga memfokuskan kepada peniaga yang tidak diberi ruang oleh pasaraya-pasaraya besar untuk memasarkan produk mereka.


The post ‘Tak timbul istilah boikot, lebih tepat hak memilih’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop