Expired : 18.06.18

“Takkan Nak Suruh Orang Pakai Jubah”- Netizen Kecam Lelaki Complain Pemakaian Tetamu Datang Kenduri Kahwin

Aduh tweet budak ni betul-betul bakar line. Tapi tu lah di mention pulak “Pantai Timur” memang ramai la yang bengang. Tapi takpela, admin rasa negeri tu bukan isunya. Pergi mana-mana pun sama, bukan sebab negeri tapi semuanya berbalik pada diri masing-masing nak pakai macam mana ke kenduri kahwin.


Ok so apa cerita sebenarnya ni…



Sumber: Twitter


Tetamu datang pakai t-shirt dan selipar


Viral di Twitter, seorang netizen memuat naik tweet dan gambar pemakaian tetamu di sebuah majlis kahwin. Kenapa dengan tetamu? Ok so rupanya point dia adalah tetamu yang pakai t-shirt dan selipar.


Katanya, kalau nak ke kenduri kahwin, dah boleh pakai elok-elok sebab datang majlis orang. Tambahnya lagi, dah tentu setiap kali raya, orang akan beli baju melayu baru so tak ada alasan la kalau yang lelaki ni nak datang ke kenduri kahwin pakai t-shirt biasa je ye? Ke admin salah faham ni. Maaf la ye.


Tapi apa pun admin faham maksud lelaki ni, dia berpendapat mungkin kalau ke kenduri kahwin setiap orang kena pakai baju yang proper sikit sebab pergi majis orang kan…


Asalkan menutup aurat


Malangnya tak semua orang berpendapat macam tu. Bagi sesetengah orang pula, ok je nak pakai baju apa-apa. Asalkan menutup aurat dan datang ke majlis tu bila dah dijemput, so tak ada masalah pun dengan baju apa yang nak dipakai.


Bergaduh juga la amdin tengok netizen-netizen ni yang bercanggah pendapat.




Sumber: Twitter




Sumber: Twitter


Admin rasa isu pemakaian ni terpulang la dekat masing-masing, janji nampak kemas dan selesa. Kalau tuan rumah dah tetapkan dress code tema bollywood, jangan korang datang pakai macam tarzan dah la. Ok ok gurau je. 


The post “Takkan Nak Suruh Orang Pakai Jubah”- Netizen Kecam Lelaki Complain Pemakaian Tetamu Datang Kenduri Kahwin appeared first on ~~~ Kepala Paip ~~~.


Norlida Ishak Shop