v Taktik Licik Perjudian Dalam Talian Guna Imej Wanita Bertudung Untuk Tarik Pelanggan Melayu
Expired : 18.06.18

Taktik Licik Perjudian Dalam Talian Guna Imej Wanita Bertudung Untuk Tarik Pelanggan Melayu

Iklan perjudian di media sosial terutamanya di Facebook sudah lama wujud dan tidak dapat disekat. Pasti ada sahaja yang ‘terlepas’ di timeline. Iklan yang dipamerkan juga turut menjanjikan pulangan yang menarik dan disebabkan itu ramai yang hanyut dengan perjudian dalam talian.

Namun dalam banyak-banyak iklan perjudian ini, iklan oleh laman Facebook Vib Pro ini paling ‘unik dan kreatif’ apabila menggunakan imej gadis bertudung dan lelaki Melayu untuk mempromosikan perjudian dalam talian mereka.