Expired : 18.06.18

TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN VATERAN ISTIQOMAH JABATAN AMAL KEDAH

UCAPAN TAKZIAH

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH.

27 Jun 2019


1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkan ucapan takziah buat vateran istiqomah Jabatan Amal Kedah Ahmad Bin Said yang telah kembali bertemu Ilahi pagi ini akibat serangan jantung di Hospital Sungai Petani.


3. Bang Mad Choras panggilan mesra buat Allahyarham tidak asing buat keluarga Jabatan Amal Kedah yang mula berkhidmat sejak 1978 bersama PAS dan berkhidmat selama 30 tahun bersama Jabatan Amal negeri Kedah tanpa mengira penat dan lelah, panas dan hujan komited dalam tugasan yang telah diberikan, faktor usia bukan penghalang untuk Allahyarham terus berkhidmat dengan penuh istiqomah hingga ke hujung nyawa.


4. Allahyarham Abg Mad Choras pernah menerima anugerah “Amilin Istiqomah” semasa Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah kali ke-52, anugerah ini diberikan kerana kesungguhan Allahyarham Abg Mad dalam menjalankan tugas dengan mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit demi perjuangan Islam, tugasan terakhirnya adalah di Muktamar Pemuda PAS Malaysia dan Muktamar PAS Pusat di Pahang baru-baru ini.


5. Pemergian almarhum sebagai vateran istiqamah Jabatan Amal Negeri Kedah merupakan suatu kehilangan besar buat Dewan pemuda PAS Negeri Kedah kerana kita merupakan satu keluarga yang besar.


6. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucapkan takziah kepada ahli keluarga almarhum dan semoga syurga ganjaran untuknya dari Allah yang Maha Memelihara ke atas setiap nyawa hamba-Nya.


Ustaz Nurul Amin Hamid

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah



The post TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN VATERAN ISTIQOMAH JABATAN AMAL KEDAH appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop