v (TAKZIAH) Selepas Diceraikan, Bekas Isteri Da’i Farhan Keguguran
Expired : 18.06.18

(TAKZIAH) Selepas Diceraikan, Bekas Isteri Da’i Farhan Keguguran

Bekas isteri pendakwah Da’i Farhan iaitu Dr Erin berkongsi perkhabaran duka apabila beliau kini disahkan keguguran selepas hamil dua bulan.

dr erin keguguran

Menerusi pekongsian di laman Instagram, Dr Erin dikatakan redha dengan ketentuan Ilahi dan berharap agar dapat dipertemukan bersama zuriat tersebut di syurga kelak.

Entri berkenaan turut memat naik ucapan yang disampaikan oleh penceramah terkena iaitu Ustaz Duzuki berkenaan zuriat yang gugur. Kandungan itu menjelaskan tentang pemberian nama kepada anak meskipun usia kandungan baru seminggu kerana ia menunggu ibu tersebut di syurga.

dr erin keguguran

Rentetan daripada itu, Dr Erin sempat menamakan anaknya Ahmad Fahrezzi Faisel. Terdahulu, sekitar April lalu, Dr Erin berkongsi berita gembira apabila beliau disahkan berbadan dua.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, usahawan itu mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan yang dirinya telah bercerai bersama Da’i Farhan.

Susulan kejadian, perkara itu seakan menjadi bualan hangat netizen. Hal ini kerana, wujud segelintir pihak tidak bertanggungjawab seolah menyatakan itu merupakan balasan terhadap dirinya dan bekas suami.

dr erin keguguran

Terdahulu, kedua-dua mereka menjadi perhatian ramai apabila Da’I Farhan didakwa berkahwin dengan Dr Erin yang merupakan seorang janda anak lapan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain.

Lebih perit, perkahwinan itu juga menyebabkan Da’i Farhan bertindak menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat hamil anak kedua menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp.

Sumber: mStar