Expired : 18.06.18

Tanda Harga Siri CPU AMD Ryzen 3000 Untuk Pasaran Tempatan Diperlihatkan – Bermula Dari RM429

AMD Malaysia akhirnya telah memperlihatkan tanda harga untuk siri CPU terbaru mereka, iaitu CPU AMD Ryzen 3000 yang terdiri daripada CPU model AMD Ryzen 3 3200G sehinggalah AMD Ryzen 3900X untuk pasaran tempatan.


Siri CPU yang akan tiba di pasaran tempatan termasuklah AMD Ryzen 3 3200G, AMD Ryzen 5 3400G, AMD Ryzen 5 3600, AMD Ryzen 5 3600X, AMD Ryzen 7 3700X, AMD Ryzen 7 3800X dan juga AMD Ryzen 9 3900X.



Siri CPU AMD Ryzen 5 3600 dan keatas dibina menggunakan proses 7nm terbaru, dimana ia bukan sahaja hadir dengan prestasi yang lebih berkuasa, tetapi juga penggunaan tenaga elektrik yang lebih rendah, dan juga ciri-ciri baru seperti sokongan untuk sambungan PCIe 4.0 yang lebih pantas berbanding dengan PCIe 3.0.


Dari segi sokongan papan induk, untuk memaksimakan penggunaan ciri-ciri terbaru siri CPU AMD Ryzen 3000, papan induk siri AMD X570 juga diperkenalkan, dimana ia hadir dengan sokongan untuk PCIe 4.0 untuk kad grafik AMD Radeon RX 5700 dan juga storan SSD PCIe 4.0 yang menunjukkan kepantasan penghantaran data sehingga 6GB/s.


Walaupun begitu, siri CPU AMD Ryzen 3000 ini masih menggunakan soket AM4, dan boleh digunakan dengan papan induk AMD X470 yang dikemaskini dengan perisian BIOS terbaru.


AMD Malaysia turut memperkenalkan tanda harga tempatan untuk siri CPU AMD Ryzen 3000 ini, dan ia boleh dibeli di kedai-kedai komputer tempatan bermula hari esok.



Norlida Ishak Shop