Expired : 18.06.18

‘Tangan Mmbeku Dlm Masa Hanya 5minit’-Perkongsian Pelajar Malaysia Di AS Ini Mngejvtkn

TANGAN membeku dan sakit. Itu pengalaman penuntut Malaysia di Iowa State University, Amerika Syarikat berhadapan suhu bawah sifar ketika negara itu dilanda cuaca dingin melampau akibat Polar Vortex.


Wan Abdul Rahman Wan Azhar, 21, penuntut Ijazah Pengurusan Rantaian Bekalan berkata, pengalamannya berhadapan dengan sejuk melampau itu ketika keluar dari rumah sewa ke perhentian bas untuk ke universiti Rabu lalu.


Penuntut tahun pertama dari Bukit Jelutong, Selangor itu berkata, suhu ketika itu mencecah -40 darjah Celsius.


“Saya tak pakai sarung tangan lagi, walaupun ada di dalam poket baju sejuk kerana bergegas takut tertinggal bas.


“Tak sampai lima minit, tangan rasa macam beku dan sakit,” katanya hari ini.


Bagaimanapun katanya, sakitnya itu tidak berlarutan.


Wan Abdul Rahman berkata, pada hari itu, pengurusan Iowa State University mengumumkan semua kelas pengajian dibatalkan kerana cuaca ekstrim namun dia masih perlu ke universiti kerana membuat kerja sambilan di dewan makan.


Dilaporkan sekurang-kurangnya 12 maut di beberapa negeri di Amerika Syarikat termasuk di Chicago, Michigan, Iowa, Indiana dan Illinois susulan cuaca sejuk melampau yang melanda negara itu.


Penuntut lain di universiti itu, Muhamad Imran Maszeri, 21, berkata, dia terpaksa memakai empat lapisan pakaian bagi memanaskan badan untuk keluar ke universiti dan mendapatkan barang keperluan harian.


Penuntut Ijazah Kejuruteraan Perisian itu berkata, polis menasihatkan penduduk supaya mengelak berada di luar rumah jika tiada urusan penting kerana cuaca berkenaan boleh mengakibatkan gigitan fros.


“Apabila tidur terpaksa pakai beg tidur untuk tutup badan, alat pemanas pula dinaikkan hingga 30 darjah celsius dari 20 darjah celsius kebiasaannya,” kata penuntut dari Bandar Kinrara, Puchong itu.


Menurutnya, suhu pada hari ini adalah enam darjah celsius.


Bagaimanapun katanya, dia serta lima rakan serumah tidak mengalami masalah kesihatan dengan keadaan cuaca itu.


Dalam pada itu, Atase Pendidikan Education Malaysia Chicago, Siti Maisarah Roslan, 36, berkata, pihak berkuasa Chicago memberi amaran awal berhubung kejadian Polar Vortex bagi membolehkan penduduk mengambil langkah berjaga-jaga.


“Bagi yang bekerja, kami bekerja dari rumah atas dasar keselamatan,” katanya yang menetap di North Chicago sejak tiga tahun lalu.


Katanya, walaupun Polar Vortex menyebabkan suhu -56 darjah celsius di Chicago Rabu lalu sudah berlalu, namun pihak berkuasa Amerika Syarikat memberikan amaran berhubung perubahan suhu melampau yang bakal berlaku.


Siti Maisarah berkata, cuaca sejuk dijangka diikuti perubahan suhu panas yang memungkinkan ancaman banjir.


Sumber: harianmetro


Terdahulu Tangan Membeku Hingga Terancam di Amputasi



Tangan Alpine yang hampir di amputasi


Pun terselamatkan, Alpine harus menerima kenyataan bahwa saraf kedua tangannya mengalami kerusakan akibat kedinginan. Bahkan setelah sampai di rumah sakit Norvic di Kathmandu, tangannya tak tertolong dan terancam diamputasi. Lagi-lagi, keajaiban datang kepada pemandu muda ini. Seorang dokter bernama Dr. Randy Viola dengan senang hati untuk melakukan operasi menyusun beberapa jari dan bengkak pada tangan Alpine yang rosak.



Terpaksa Jalani Pembedahan saraf jari

Jalani Operasi saraf jari


Dalam akaun facebooknya, Alpine tidak hanya mengucapkan syukur tapi juga memberikan saran kepada pendaki. Di mana pun gunung yang akan dijelajahi, jangan pernah menidakkan nasihat pemandu pelancong. Dengarkan dan ikuti petunjuk agar tidak membahayakan nyawa diri sendiri dan orang lain. Puncak gunung tidak akan lari, namun tidak dengan nyawa kita. Bagaimana, setuju dengan Alpine bukan?


Sumber: travelinguk.com via layansudah


Norlida Ishak Shop