Expired : 18.06.18

Tangan Robotik Pertama untuk Pelajar Kudung


Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP) akan memulakan Projek Tangan Robotik khusus untuk dihadiahkan kepada individu kudung melalui kerjasama dengan pereka tangan cetakan 3D tersebut yang dikenali sebagai Pak Su atau nama Sujana Mohd Rejab.


Pak Su yang merupakan bekas guru mengambil inisiatif untuk menyumbangkan kepakarannya bagi membantu generasi muda terutama kanak-kanak dan remaja untuk membolehkan mereka menggunakan tangan sebaiknya seperti manusia normal.


Penerima pertama projek khas LKKPP ini ialah adik Faiz Alian Mohd Zamre yang kini merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Tun Abdul Razak, lepasan pelajar MRSM Pengkalan Chepa dengan keputusan SPM 7A. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 orang adik-beradik dan ibunya (ibu tunggal) hanya bekerja sebagai tukang masak di kedai makan.


Kos keseluruhan untuk menyiapkan tangan mekanikal ini sebanyak RM 7,500. Besarlah harapan kami agar orang ramai dapat memberikan sumbangan dalam menjayakan projek pertama ini dan mudah-mudahan lebih ramai lagi penerima yang mendapat manfaat daripada hasil sumbangan orang ramai.


Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Badan Amal Kami Prihatin (Bank Islam) 12113010038983. Hubungi Cikgu Yusoop 011-13373066 untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan.


The post Tangan Robotik Pertama untuk Pelajar Kudung appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).