Expired : 18.06.18

Tatu: Mujahid perlu lebih ‘jantan’ kekang program tak bermoral

BANGI, 7 Rabiulakhir 1441H, Rabu – Sikap acuh tidak acuh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengenai penganjuran Expo Tattoo Malaysia 2019 menimbulkan rasa kurang senang di hati rakyat.


Sebelum ini, Pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa, ada pihak cuba menyerang kerajaan dengan isu peragaan tatu dalam keadaan separuh bogel.


Dakwanya, program itu bukan di bawah kendalian kerajaan dan tidak pernah mendapat pengiktirafan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).


“Penafian daripada kementerian membuktikan kita tidak pernah menyokong program itu. Cuma, saya fikir dalam hal ini, pihak tertentu sekali lagi dan buat sekian kalinya menjadikan isu ini untuk menyerang kerajaan. Kononnya dulu tak pernah berlaku tapi sekarang berlaku.


“Sedangkan kita tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku dan sengaja disebarkan dalam media seolah-olah kitalah yang merencanakannya. Jadi, dengan itu naratif mereka tercapai. Apa naratif mereka? Kerajaan hari ini tidak menjaga Islam dan sebagainya,” kata Mujahid.


Menyifatkan kenyataan Mujahid seperti ‘lepaskan diri’, Ketua Pemuda Berjasa Johor, Mohamad Ad Satiman berkata, Menteri Agama sepatutnya bersikap lebih jantan untuk mengekang penganjuran program sedemikian.


“Beliau selaku menteri kena faham negara kita ini mementingkan adab dan sopan. Apabila berlaku penganjuran seperti ini ia langsung tidak menggambarkan mengenai Malaysia yang sangat terkenal dengan adab ketimuran,” katanya seperti dilapor laman web Berjasa, hari ini.


Pada masa yang sama, Mohamad Ad mempersoal kenyataan Mujahid yang menyarankan supaya dibuat dalam keadaan tertutup serta pada kelompok tertentu sahaja.


“Adakah menteri agama merasakan program tidak bermoral ini bertepatan dengan adab ketimuran yang sepatutnya terpakai kepada semua termasuk bukan Islam?


“Mujahid patut lebih jantan dan tegas untuk mengekang penganjuran seumpama ini, kerana ia memberikan gambaran yang kurang enak untuk Malaysia sebagai negara Islam,” katanya.


The post Tatu: Mujahid perlu lebih ‘jantan’ kekang program tak bermoral appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop