Expired : 18.06.18

Tawaran pasang RFID percuma sekitar Lembah Klang

Kepada pengguna lebuh raya sekitar Lembah Klang, ini mungkin berita gembira untuk anda.


Touch ‘n Go kini menawarkan pemasangan RFID secara percuma tanpa perlu membuat temujanji dan pendaftaran awal.


Ini sekaligus menangani rungutan umum sebelum yang diminta untuk membuat pendaftaran dan temujanji terlebih dahulu berikutan jumlah pemasangan adalah terhad.



Pastinya dengan pemasangan ini akan memudahkan urusan pembayaran tol anda kerana anda tidak memerlukan sebarang peranti seperti SmartTag atau perlu menyentuh panel menggunakan kad TNG biasa.




Menariknya RFID ini, pelekat khas akan dilekatkan pada bahagian kereta anda dan ia akan menghubungkan dengan e-wallet TNG.


“Ini menunjukkan bahawa anda hanya perlu menambah nilai ke e-wallet dan ia sangat memudahkan,” lapor portal Vocket


Tawaran ini tersedia untuk anda di 9 lokasi sekitar Lembah Klang iaitu AEON Big Bukit Rimau, AEON Big Kepong, Berjaya Times Square, Empire Shopping Gallery, Sunway Velocity Mall, Tesco Pusat Bandar Puchong, Tesco Extra Cheras, Tesco Setia Alam dan Tesco Bukit Tinggi Klang pada jam 10 pagi hingga 10 malam.


Tawaran ini hanya akan berlangsung pada bulan April 2019 ini sahaja. Anda juga haruslah menyediakan beberapa dokumen seperti kad pengenalan, lesen memandu dan geran kenderaan.



The post Tawaran pasang RFID percuma sekitar Lembah Klang appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop