Expired : 18.06.18

Tekanan Dan Cabaran Bukan Alasan, UMNO Terus Tekad Perkukuh Parti – Nizar

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Pelbagai halangan dan cabaran yang dilalui UMNO kini bukanlah alasan untuk ahli-ahlinya patah semangat, tegas Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria.


Jelasnya, dalam keadaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini yang tidak tentu arah dan gagal melaksanakan pentadbiran dengan baik, UMNO bertekad untuk memperkukuh parti dan kembali bangkit dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.


“Dalam senario politik yang berlaku sekarang ini apabila PH tidak boleh mentadbir negara dengan baik, maka UMNO menjadi pilihan bukan sahaja kepada ahli-ahlinya tetapi juga kepada rakyat keseluruhannya terutamanya orang Melayu.


“Kita tidak menghiraukan apa-apa yang berlaku diperingkat PH kerana UMNO Bahagian Parit sentiasa memberikan keutamaan dalam erti kata pengukuhan parti dengan mengadakan kerjasama dan juga pendekatan-pendekatan yang perlu dalam khidmat bakti kepada rakyat,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit kepada UMNO-Online.


Beliau berkata UMNO Bahagian Parit sentiasa bekerja dan berusaha dari dulu lagi sampai sekarang malahan usaha bagi meningkatkan sokongan tidak pernah berhenti.


“Alhamdulillah … kita telah pun mencapai sasaran semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan kali ini kita harus melaksanakan bersama serta harapan saya agar sokongan di peringkat ahli-ahli akan terus dipertingkat untuk bekerjasama bersama-sama dalam semua keadaan.


“Sebenarnya wujud teras kepimpinan di peringkat UMNO Parit serta sayap-sayap dan ‘Janji PRU-15 Parit Menang’ itulah motto yang terkini setelah motto PRU ke-14 ‘Menang Bergaya’ mencapai sasaran,” katanya.


Tambah Nizar lagi semasa PRU-14 lalu, UMNO bahagian Parit mencapai sasarannya apabila memenangi kesemua di peringkat Daerah Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.


“Ini jelas dilihat bahawa Parit sebagai ‘deposit’ UMNO untuk memenangi kesemua kerusi tersebut,” katanya.


Mengenai persediaan mesyuarat UMNO di peringkat Bahagian, katanya ahli parti telah bersiap sedia untuk menjayakan mesyuarat perwakilan.


“Insya-AllahTimbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan akan merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Parit,” jelasnya.


Justeru katanya, UMNO bahagian Parit akan terus pro aktif dan sentiasa turun padang tanpa mengira masa kerana itu merupakan tugas dan menjadi tanggungjawab utama kepada rakyat. – MediaUMNO


Norlida Ishak Shop