Expired : 18.06.18

Telefon Pintar HUAWEI Terus Terima Sambutan, Ini 5 Sebab Kenapa Pengguna 100% Lebih Yakin!




Anda pasti pernah menonton atau terjumpa iklan produk yang seringkali menggunakan peratusan 99.9% sebagai jaminan maksimum bahawa produk mereka diyakini sangat berkesan dan selamat untuk digunakan. Namun, persoalannya mengapa tidak 100%? Bukankah produk tersebut benar-benar selamat?







Ya, anda patut mula berfikir dua tiga kali sekarang! Sedangkan produk berjenama hebat yang sudah diyakini sejak sekian lama oleh pengguna pun masih tidak berani untuk memberi jaminan bahawa produk mereka selamat sepenuhnya, tetapi berbeza pula dengan HUAWEI apabila baru-baru ini beberapa syarikat besar yang lain tanpa ragu-ragu berani memberi jaminan bahawa peranti Huawei 100% dilindungi oleh mereka.



P30 bukti peranti Huawei adalah yang terbaik!











Sebagaimana yang kita semua tahu, Huawei sering hadir dengan pelbagai produk cemerlang yang memukau hati pengguna. Huawei P30 Pro sendiri sedia hadir dengan bukan sahaja sokongan zum sehingga 50x, tetapi juga dengan kebolehan rakaman pada keadaan cahaya malap yang sangat baik, malah ia turut dilengkapi ciri-ciri menarik yang lain seperti Dual-View Video.






Disamping itu, ia juga muncul dengan rekaan yang sangat menarik bersama-sama pilihan warna yang memukau hati. Ini sekaligus membawa kepada kelebihan produk Huawei sendiri yang berjaya mencuri hati ramai pengguna tempatan.



Bagi anda yang masih belum memiliki telefon pintar Huawei, anda jangan risau sebab Huawei sentiasa ada berita baik untuk pengguna baharu. Di sini kami kongsikan 5 berita baik yang juga boleh membuktikan kenapa Huawei benar-benar dilindungi dan kekal dipercayai pengguna!


1. Telefon pintar Huawei kini ada waranti 1+1 tahun


Sebagai salah satu syarikat pengeluar peranti dengan teknologi serba canggih yang sangat berpengaruh di dunia, Huawei sentiasa memastikan kesemua peranti keluarannya mengikut piawaian yang betul dan sentiasa selamat untuk digunakan.


Dan disebabkan itu, Huawei kini boleh disenaraikan sebagai satu-satunya jenama telefon yang diyakini sehinggakan beberapa syarikat besar yang lain sebagai rakan niaga mereka berani memberi jaminan perlindungan penuh 100% untuk beberapa model telefon pintar Huawei yang baharu seperti Huawei P30 series, Mate 20 series, nova 4 series dan nova 3i.



Walau bagaimanapun, jaminan perlindungan daripada pihak ketiga ini hanya sah untuk mereka yang membeli telefon pintar Huawei bermula antara 1 Julai sehingga 30 September 2019 dan jaminan perlindungan ini adalah untuk tempoh dua tahun (waranti 1+1 tahun) sahaja. Untuk mendapatkan waranti istimewa ini, pengguna perlu mengaktifkannya melalui aplikasi HiCare di telefon pintar Huawei masing-masing.


Jadi, jika anda sudah punya angan-angan untuk bertukar pilihan kepada telefon pintar Huawei, ini adalah peluang keemasan!


2. Wang akan dikembalikan sepenuhnya jika servis Google tidak berfungsi



Bagi menambahkan keyakinan pengguna, kini pembeli boleh mendapat pulangan wang 100% melalui Senheng, Lazada, Courts atau Shopee jika peranti Huawei yang dibeli oleh anda tersebut tidak boleh mengunakan aplikasi Google sebagaimana sepatutnya.


Haa… kan kami dah cakap, Huawei best wei!


3. Bukan cerita rekaan, HUAWEI P30 kini lebih murah!


Jika sebelum ini anda pernah terdengar berita bahawa telefon pintar HUAWEI P30 diturunkan harga sebanyak RM400, kami di Sirap Limau dapat mengesahkan berita tersebut adalah benar. Walaupun anda rasa macam admin sedang bergurau, percayalah ia bukan kisah dongeng!



Huawei telah menurunkan harga P30 dan P30 Pro sebanyak RM400 serta potongan harga buat beberapa model telefon pintar dan tablet Huawei. Huawei P30 dengan RAM 8GB dan storan 256GB kini berharga RM3,399 selepas diskaun RM400.


Manakala P30 standard dengan storan 128GB kini lebih rendah, berharga RM2,299 dari harga asalnya RM2,699. Ia datang percuma bersama casing pengecas tanpa wayar bernilai RM268.


4. Nak lebih jimat? Online HUAWEI fair tawar 100% peluang untuk dapat ganjaran hebat



Untuk pengetahuan anda, Huawei Malaysia kini menganjurkan IT Online fair dari 1 hingga 8 Julai 2019. Di sini, anda berpeluang untuk menang pelbagai hadiah berupa Online Voucher bernilai sehingga RM1000, macam-macam hadiah percuma bernilai sehingga RM1,400, kupon bernilai RM400 untuk Mate 20 Pro, tawaran  flash deal sehingga potongan 50% dan anda turut berpeluang untuk miliki Storewide Online Voucher bernilai RM20!



Untuk tidak melepaskan peluang ini, anda boleh mencuba nasib menerusi aktiviti Huawei Spin & Win melalui Online Huawei fair. Hanya daftar masuk ke Stor Online Huawei dan putarkan roda tersebut untuk memenangi hadiah.


5. Pengguna Huawei sentiasa miliki pengalaman terbaik, kemaskini EMUI 9.1 kini tersedia


Dan berita paling menarik sekali ialah berkenaan kemaskini EMUI 9.1 yang kini telah pun tersedia untuk dimuat turun oleh pengguna beberapa model telefon pintar Huawei.


Kemaskini EMUI 9.1 berfungsi menaik taraf unit pemproses grafik (GPU) Turbo kepada versi 3.0 dan menyokong lebih 25 judul permainan. Kemas kini itu juga meningkatkan prestasi telefon pintar disamping mengurangkan penggunaan kuasa bateri sekali gus membawa prestasi lebih stabil.



Anda juga boleh menghasilkan video nada dering sendiri dengan menyediakan video untuk nada dering dan boleh menghasilkan nada dering lebih menarik untuk panggilan masuk. Dan yang paling admin suka ialah kemaskini ini turut memberikan pengalaman perkongsian tanpa wayar yang lebih baik. Hanya seminit diperlukan untuk memindahkan 500 foto dan 35 saat untuk 1GB video menerusi Huawei OneTap Share.


Inilah peluang keemasan untuk anda miliki telefon pintar Huawei!



Betul kan apa yang admin cakap telefon pintar Huawei 100% hebat dan kini dilindungi oleh syarikat-syarikat besar yang lain?


Jadi ayuh, kita dapatkan telefon pintar Huawei atau mana-mana peranti Huawei dengan segera untuk nikmati waranti 1+1 tahun yang hanya sah untuk pembelian bermula 1 Julai sehingga 30 September 2019 ini.


Dan jangan lupa layari Stor Online Huawei untuk sertai IT Online fair sebab ada macam-macam tawaran hadiah percuma serta promosi menanti anda. Pendek kata, inilah peluang terbaik untuk membeli belah!


Bila sudah ada jaminan, maka tiada lagi rasa ragu-ragu. Sebarang maklumat lanjut tentang Huawei, anda juga boleh ke laman sesawang rasmi Huawei.










Recommended for you






Norlida Ishak Shop