Expired : 18.06.18

Tempat Pelancongan Basikal Hanya Gula-Gula Syed Saddiq Untuk PRK Semenyih

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Cadangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menjadikan Semenyih sebagai pusat pelancongan basikal dilihat hanya sekadar gula-gula Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan tidak akan dilaksanakan.


Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, hal itu kerana sudah banyak tempat dalam negara yang melangkaui status dan lebih layak dijadikan pusat pelancongan basikal.



“Syed Saddiq melontarkan idea ini selepas berbasikal sejauh 25 kilometer (km) di Semenyih tempoh hari. Adakah dengan satu program dan kayuhan itu sahaja, beliau terus buat cadangan mewujudkan pusat pelancongan basikal di situ?


“Jangan kerana PRK DUN Semenyih sahaja idea itu timbul. Kalau betul mahu buat, biarlah dilaksanakan di seluruh negeri. Saya telah mengayuh basikal dan berlari di setiap negeri dan mendapati terlalu banyak tempat yang boleh dijadikan pusat pelancongan basikal,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.


Ahad lalu, Syed Saddiq mengadakan lawatan kerja sehari di Semenyih dan menafikan tujuan lawatan itu mempunyai kaitan dengan PRK DUN Semenyih. – UTUSAN ONLINE


Norlida Ishak Shop