Expired : 18.06.18

“Tengah Mencari Girlfriend Sebab Umur Dah 25 Tahun,” – Syamel Cari Wanita Yang Ada Ciri-Ciri Ini…

Meski sering dikait mempunyai hubungan cinta dengan rakan duetnya menerusi lagu Aku Cinta, Ernie Zakri, Syamel bagaimanapun mengakui dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan pelantun lagu Misteri itu.


Malah katanya kepada MH, hubungan tersebut tidak lebih daripada rakan sesama industri, yang saling menyokong perjalanan kerjaya masing-masing.



“Ernie umpama kakak kepada saya. Yelah, sebab dia pun selalu ‘adikkan’ saya. Yelah sebab dia pun setahun lebih tua daripada saya. Kami rapat sebagai teman kala persembahan pentas sahajalah. Teman rapat seindustri,” akui Syamel yang mengakui pada ketika usianya 25 tahun dia kini sedang mencari teman istimewa yang serasi.


 


“Tengah mencati girlfriend sebab umur dah 25 tahun. Kalau ada aset semua saya sudah kahwin dah. Tapi itulah, sejujurnya saya seorang yang pemalu dan tak cakap banyak. Di samping perangai saya yang banyak cakap ni, saya sebenarnya menutup sikap pemalu,” akui Syamel jujur. 


Pada masa sama, Syamel turut mendedahkan ciri-ciri wanita yang menjadi pilihannya.



“Kalau boleh saya mahu wanita yang berambut pandang, hidup mancung, simple dan tidak terlalu try hard. Sedap mata memandang dan seorang yang berkulit cerah,” kongsi Syamel yang sebelum ini turut membuat persembahan penutup di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 baru-baru ini. 


Foto: Instagram Syamel



 


 


The post “Tengah Mencari Girlfriend Sebab Umur Dah 25 Tahun,” – Syamel Cari Wanita Yang Ada Ciri-Ciri Ini… appeared first on Media Hiburan.


Norlida Ishak Shop