v Tengking Nourul Wahab, Anggota Keselamatan KLIA Dikenakan Tindakan Disiplin
Expired : 18.06.18

Tengking Nourul Wahab, Anggota Keselamatan KLIA Dikenakan Tindakan Disiplin

Baru-baru ini kecoh di pelusuk media sosial apabila kisah penyanyi Nourul Wahab dikhabarka kecewa selepas dilayan secara kasar dan ditengking oleh seorang anggota keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tempoh hari.

nourul wahab klia

Ekoran kejadian itu, Nourul dan keluarga telah menerima permohonan maaf daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) selepas pihak tersebut difahamkan telah memuat naik kenyataan itu dan mengambil tindakan disiplin terhadapa anggota keselamatan berkenaan.

Menurut wakil pengendali lapangan terbang, pihaknya tidak akan membiarkan sikap seperti itu dilakukan dalam kakitangan mereka.

“Malaysia Airports tidak akan membiarkan begitu sahaja sikap biadap mana-mana kakitangannya.”

Bagaimanapun, pihaknya juga akan menjalankan siasatan segera setelah menerima maklumat kejadian malah mengesahkan ia adalah seperti yang diaporkan.

nourul wahab klia

Terdahulu, menerusi salah sebuah posting di laman Instagram, Nourul memuat naik video meluahkan perasaan sedih dan kecewa apabila dilayan dengan biadap oleh seorang anggota keselamatan di KLIA.

Insiden itu juga berlaku semasa beliau menghantar ibu dan bapa mertuanya di KLIA untuk pulang ke Perancis. Hal ini tercetus apabila Nourul bertindak mahu membantu kedua orang tua berkenaan untuk mendaftar masuk susulan ibu dan bapa mertuanya tidak boleh berbahsa Inggeris dan Melayu.

nourul wahab klia

Malah menegaskan beliau amat memahami segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan turut berharap agar anggota berkenaan lebih bertimbang rasa dan berbudi bahasa ketika melaksanakan tanggungjawab dan menjalankan tugas.

Sumber: mStar