Expired : 18.06.18

Tentera pengganas Israel halang petani bercucuk tanam di Gaza

GAZA, 20 Safar 1440H, Isnin – Tentera rejim pengganas Israel menghalau petani Palestin daripada bercucuk tanam, apabila melepaskan tembakan ke arah mereka di beberapa kawasan di sepanjang sempadan timur Gaza yang dikepung sejak hampir 12 tahun lalu.


Petani Palestin berkata, askar rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah mereka yang ketika itu sedang bekerja di timur kota Beit Hanoun.


Berikutan itu, seorang petani dilaporkan cedera dan dihantar ke Hospital Beit Hanoun untuk menerima rawatan. Keadaannya tidak diketahui.



Tindakan rejim Zionis itu dilihat sebagai usaha untuk menghalang rakyat Palestin bercucuk tanah menghasilkan makanan dan buah-buahan untuk dijual. bagi menampung hidup mereka yang dikepung.


Askar rejim pengganas Israel juga melepaskan tembakan ke arah petani di timur kem pelarian al-Maghazi di sini.


Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, tetapi petani terpaksa meninggalkan ladang mereka kerana bimbang dengan keselamatan.


Sebelum ini, askar rejim Zionis kerap menahan dan menembak nelayan Palestin yang keluar menangkap ikan di laut di sempadan Gaza-Israel. – Agensi


The post Tentera pengganas Israel halang petani bercucuk tanam di Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop