Expired : 18.06.18

“Terdapat dua kad manila yang digulung dengan perkataan..” – 2 Surau Dicampak Daging Babi

Masih hangat menjadi bualan orang ramai mengenai isu kuil di USJ, wujud pula  isu lain tentang tempat-tempat sembahyang ini. Biarpun tidak melibatkan sebarang perbalahan daripada pihak-pihak tertentu, ia agak keterlaluan dan melampau!


Dua surau di Serkam, Jasin dicampak ketulan daging dipercayai daging babi beserta nota oleh individu tidak bertanggungjawab awal pagi tadi.


 


“Bimbang jemaah lain terpijak” – Penduduk setempat


Sumber : Facebook


Adam Abdullah, 65, berkata dia ke surau terbabit kira-kira jam 5 pagi sebelum melihat ada selonggok daging berserta dua kad manila di hadapan pagar bahagian dalam pekarangan surau.


“Sebelum saya melaungkan azan, saya ambil kerusi dan kepung bahagian daging itu kerana bimbang jemaah lain terpijak. Selepas solat subuh, seorang jemaah menghubungi polis untuk membuat laporan.”


Lapor Berita Harian, polis peronda tiba sebelum jam 7 pagi, manakala Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba kira-kira dua jam kemudian bagi menjalankan siasatan sebelum dilihat mengangkat tiga ketul daging dipercayai daging babi.




 


“Terdapat juga dua kad manila yang digulung dengan perkataan..”



Sumber : Facebook

Ketua Polis negeri, Datuk Wira Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan kejadian terbabit dan segera menghantar pasukan jam 6.15 pagi.


Beliau berkata, daging terbabit dipercayai ketulan daging babi dicampak ke dalam kawasan surau dan akan menghantarnya ke Jabatan Kimia.


“Terdapat juga dua kad manila yang digulung dengan perkataan yang kita tak boleh dedahkan, Saya tak nak komen lanjut tapi pelaku ini macam orang gila. Kita belum dapatkan keterangan lanjut”


Satu lagi kes sama dikesan di Surau An Nur, Ladang Serkam, menggunakan operandi yang sama iaitu ketulan dipercayai daging babi diletakkan di hadapan pagar dalam pekarangan surau terbabit bersama dua keping nota kira-kira jam 8 pagi.


 


The post “Terdapat dua kad manila yang digulung dengan perkataan..” – 2 Surau Dicampak Daging Babi appeared first on ~~~ Kepala Paip ~~~.


Norlida Ishak Shop