Expired : 18.06.18

Terengganu masih tunggu bayaran baki royalti minyak


KUALA TERENGGANU, 3 Jamadilawal 1440H, Rabu – Kerajaan Terengganu berharap kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan baki pembayaran royalti minyak yang masih tertangguh dengan segera.


Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, harapan bagi mendapatkan bayaran royalti itu bukan sahaja daripada kerajaan negeri bahkan rakyat seluruhnya.


“Kita menaruh harapan yang sangat tinggi supaya segala pembayaran yang masih tertangguh dapat diteruskan. Walaupun berkait dengan pembayaran tahun lepas (2018) tetapi bayaran boleh dibuat tahun ini.


“Jadi harapan kita sangat tinggi bukan sahaja kerajaan negeri tetapi seluruh rakyat Terengganu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.


Memetik laporan Harakahdaily, Ahmad Samsuri berkata, pihaknya masih menunggu perincian berkenaan pembayaran baki royalti berkenaan.


“Kita harap dalam masa terdekat bulan Januari ini, benda (perkara) itu dapat diselesaikan,” tegasnya.


Terdahulu, Dr Mahathir berkata, penyaluran baki royalti minyak kepada Terengganu akan diselesaikan apabila kerajaan Persekutuan mempunyai sumber kewangan mencukupi.


Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan sehingga kini sudah membuat pembayaran secara terus sebanyak tiga kali kepada Terengganu yang berjumlah RM450 juta manakala kira-kira RM250 juta lagi masih berbaki.


The post Terengganu masih tunggu bayaran baki royalti minyak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop