Expired : 18.06.18

“Terima Kasih Allah…,” – Rai Hari Jadi Ke-32 & Syukur Atas Doa Semua, Ada Peminat Mimpi Elyana Sembuh Dari Kanser

Awal semalam, penyanyi Elyana ada berkongsi sekitar sambutan hari jadinya yang ke-32.


Menerusi Instagram, penyanyi Niat dan Ironi itu ada menyatakan rasa syukur atas sambutan ulang tahun kelahirannya, tahun ini.




“5 july 1987. Hari kelahiran ku.Terima kasih Ya Allah untuk 32 tahun ini.


“Abaikan muka serabai saya.Jam 12 malam tengah baring2 nak tidur kena surprise,” tulisnya.


Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat dan rakan artis turut sama memberikan dedikasi terhadap peserta Gegar Vaganza musim keempat itu.



Pada masa sama, ada juga peminat yang dikatakan turut mimpikan Elyana.


“Mimpi jumpa awak, awak dah sihat dari kanser. Pastu saya cakap syukur dan bangga  awak kuat melawan penyakit,” kongsi salah seorang pengguna Instagram selepas ditanya Elyana.






Terdahulu, Elyana pernah mendedahkan mengenai penyanyi kanser limfoma selepas diumumkan tersingkir di konsert GV4 lalu. Pengumuman tersebut nyata mengejutkan ramai pihak mengenai status kesihatan ibu kepada seorang cahaya mata itu.


Foto: Instagram Elyana


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop