Expired : 18.06.18

“Terima Kasih Teman Abah Dalam Ambulans & Di Hospital…”- Adam Corrie




Syafiqah Jalal



Hiburan

“Terima Kasih Teman Abah Dalam Ambulans & Di Hospital…”- Adam Corrie
Pelakon Adam Corrie Lee memuat naik foto di Instagram menunjukkan keadaannya yang dimasukan ke hospital semenjak semalam.

Difahamkan, Adam dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans semalam.

Kini, pelakon KL Gangster itu memaklumkan dirinya sudah boleh bangun dan menunjukkan perkembangan positif.

“Terima kasih @adamfatehlee & bidadariku @puan_fazi_fuad jaga abah.. teman abah dalam ambulance dan di hospital dari semalam. .

“Terima kasih team production @opyglobalpictures drama #Penunggu yang bantu uruskan saya ke hospital. Empat orang kena masuk wad semalam termasuk saya.

“Petang ni baru boleh bangun duduk. Alhamdulillah,” tulisnya dalam kapsyen.

Menerusi entri tersebut Adam memuat naik fotonya di hospital bersama anak lelakinya Adam Fateh Lee, 1.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar dia segera sembuh.

Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 50, mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema Fuad, 40, pada 21 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata.




Norlida Ishak Shop