Expired : 18.06.18

“Teringin Sangat Nak Cycling Bersama Tok Ti Sebab…,”- Alif Satar

Pelakon dan pengacara, Alif Satar mengakui dirinya amat meminati sukan berbasikal.


Apatah lagi,  aktiviti tersebut merupakan antara hobi yang kerap dilakukan andai ada waktu senggang. Bagaimanapun ia sudah lama tidak dilakukan.


Lebih menarik, pelakon drama bersiri Pia ini turut berkata dia mempunyai impian untuk melakukan aktiviti tersebut bersama penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.


Kini penyanyi Kasihku Selamanya itu cukup sinonom dengan aktiviti berbasikal dan sering melakukan aktiviti kayuhan jarak jauh.


“Kalau nak diikutkan, ia antara hobi saya juga dan saya dengan Datuk Siti tak pernah lagi cycling basikal sesama setakat ini.


“Sudah semestinya saya teringin sangat nak cycling bersama Tok Ti sebab Alif tengok Tok Ti pun power juga dalam membuat kayuhan bila tengok di perkongsiannya di media sosial.


“Kak Iti bilalah nak ajak saya kayuh basikal sesama kita asyik berbalas komen di Instagram cakap pasal basikal. tapi tak pernah dapat peluang nak cycling bersama-sama,” seloroh Alif memasang impian kepada MH.




Dalam perkembangan lain, hos Big Stage musim pertama ini ditemui sejurus majlis filem televisyen, GENG di Pavilion, Kuala Lumpur, Rabu lalu.


Turut sama terlibat di dalam siri tersebut ialah Sherry Al Hadad, Lisa Surihani, Nadiya Nisa, Hisham Hamid, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.


Ia bakal ditayangkan di Astro First Eksklusif mulai 18 Julai ini.


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop