Expired : 18.06.18

Terkejut anak cedera

“SAYA sedih dan terkejut selepas menerima panggilan menantu namun berharap anak dalam keadaan selamat,” kata Rokiah Mohammad, 65.


Dia adalah ibu kepada Rahimi Ahmad, yang menjadi mangsa tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand, hari ini.


Menurut Rokiah, dia menerima panggilan daripada menantunya Norazila Wahid, 39, pada jam 2 petang yang memberitahu Rahimi menjadi mangsa kejadian.


“Bagaimanapun, menantu memberitahu yang anak lelaki saya selamat dan hanya mengalami kecederaan.


“Namun, sebagai ibu saya mahu melihat sendiri keadaan anak kerana sehingga kini Rahimi dilaporkan masih menerima rawatan,” katanya yang ditemui di Kampung Binjai, di Bayan Lepas.


ROKIAH sedih dan terkejut selepas menerima panggilan namun berharap anak dalam keadaan selamat. FOTO Mikal Ong



Menurutnya, menantunya itu ada menghubunginya semalam dan memberitahu berita gembira kerana dia lulus dalam ujian di kolej perubatan tempat dia belajar.


“Semalam, menantu beritahu berita gembira namun hari ini pula saya mendapat berita sedih daripadanya.


“Kalau ada orang sudi bawa saya ke sana memang saya nak sangat kerana mahu melihat sendiri keadaan anak,” katanya.


Menurutnya, Rahimi sekeluarga sudah lebih empat tahun tinggal di New Zealand dan sejak tinggal di sana mereka baru dua kali pulang keMalaysia.


“Dua hari lepas Rahimi ada hubungi saya dan bertanya sama ada mahu membaiki rumah di kampung selain bertanyakan khabar adik-adiknya.


“Rahimi juga memberitahu yang dia akan pulang bersama anak dan isteri Ramadan ini dan saya harap semua orang berdoa kesejahteraan anak saya,” katanya.


Rahimi bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah kilang susu di New Zealand, manakala isterinya pula menuntut di sebuah kolej perubatan.


Berita berkaitan


Tembakan selepas azan pertama


"Meremang bulu roma saya"


[UPDATE] 49 sudah terbunuh


'Jangan kongsi video tembak'


'Saya hanya nak suami selamat'


[UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini


[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera


Azmin kutuk kejadian tembakan rambang


Wajah pengganas


'Suami biasa solat di masjid itu'


[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera


Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch


Tembakan dalam masjid di New Zealand


Siar serangan secara langsung


Peluru lintas kepala


Norlida Ishak Shop