Expired : 18.06.18

[TERKINI] “4 Suspek Ditahan”, Polis Selesai Kes Ngeri Tetak Wanita Di Klang. Ikuti Rangkuman Penuh.

Amaran!!! Video ditunjukan mungkin agak ganas.


KLANG – Kes tetak seorang wanita di Taman Klang Jaya dekat sini pada Khamis lepas dianggap selesai dengan penangkapan empat individu termasuk suspek utama yang dibuat secara berasingan sejak Jumaat lepas hingga semalam.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata tiga lelaki dan seorang wanita berusia 32 hingga 42 tahun terbabit diberkas di beberapa lokasi di sekitar Klang dan Banting.


“Tangkapan pertama yang merupakan adik perempuan suspek utama berusia 32 tahun dilakukan Jumaat lepas.


“Hasil soal siasat membawa kepada penangkapan seorang lagi suspek yang juga suami wanita itu dan rakan lelaki suspek utama, Sabtu lepas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini hari ini.


Beliau berkata suspek utama berusia 37 tahun yang merupakan pemandu lori ditahan semalam kira-kira 6 petang di Klang.


Dalam kejadian kira-kira 9 pagi Khamis lepas, Komathi Ramachandran, 42, yang berada di tempat kerja dikatakan dikunjungi dua lelaki dan seorang daripadanya bertindak mengheret mangsa ke arah sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna biru.


“Ketika diheret ke kereta, mangsa turut ditetak beberapa kali oleh seorang suspek menggunakan parang panjang menyebabkan kecederaan di kepala, kedua-dua kaki, pergelangan tangan kiri dan belakang badan sebelum kedua-dua suspek beredar dengan membawa wanita tersebut,” katanya menambah polis turut menyita kereta dan sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian.


Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata berdasarkan maklumat terbaharu yang diterima pihaknya, wanita berkenaan telah dibenarkan keluar dari hospital di Seremban setelah menerima rawatan selama beberapa hari di sana.


Katanya siasatan awal mendapati pasangan itu sudah berkahwin selama 15 tahun serta mempunyai tiga anak dan motif kejadian dipercayai akibat cemburu.


Shamsul Amar berkata rekod mendapati suspek utama dan rakannya mempunyai 14 dan empat rekod lampau masing-masing melibatkan pelbagai kesalahan.


Katanya, suspek utama ditahan reman sehingga Ahad ini manakala adik perempuan suspek dan rakannya masing-masing ditahan reman sehingga 16 dan 17 Mac.


“Adik ipar suspek dibebaskan dengan jaminan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA



Sebab cemburu, suami serbu tempat kerja untuk pukul dan tetak isteri


Polis masih memburu suami mangsa dan rakannya yang menghilangkan diri selepas menghantar mangsa ke hospital.- foto Sinar Harian


KLANG: : Seorang wanita cedera selepas dipukul dan ditetak menggunakan parang oleh suaminya sendiri dalam kejadian di hadapan sebuah kilang elektronik, Taman Klang Jaya, di sini, pagi tadi.Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, wanita itu, P Komathi, 42, kemudiannya dibawa lari menggunakan kereta Proton Satria berwarna biru.Insiden berdurasi 2 minit 34 saat itu berjaya dirakam orang awam, sebelum tular di laman sosial Facebook.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan laporan polis yang dilakukan oleh anak perempuan mangsa berusia 13 tahun mendapati dua lelaki termasuk ayahnya pergi ke tempat kerja ibunya.


“Kedua-dua lelaki itu dikenali sebagai N Somoo, 37, yang merupakan suami mangsa, manakala seorang lagi hanya dikenali sebagai Mogan.


“Dalam kejadian itu, suami mangsa bertindak mengheret isterinya dan memaksa masuk ke dalam kereta sambil menetak dengan menggunakan parang panjang sebelum beredar membawa mangsa,” katanya.


Shamsul Amar berkata, mangsa bagaimanapun dihantar oleh suaminya sendiri ke hospital sebelum menghilangkan diri.


Katanya, mangsa dilaporkan stabil dan mengalami kecederaan di kepala, pergelangan tangan kiri, kaki dan belakang badan.


Mengulas motif kejadian, beliau berkata, siasatan mendapati suami mangsa dipercayai cemburu dengan isterinya yang dituduh mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.


“Polis kini masih giat memburu suami mangsa dan rakannya bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.


Insiden tersebut turut tular di laman sosial selepas dimuat naik di Facebook dengan berdurasi 2 minit 34 saat. – UTUSAN ONLINE


SUMBER Astro Awani



CERITA SETERUSNYA…insiden berasingan


Suami tetak isteri


AKIBAT cemburu, seorang wanita parah ditetak suaminya menggunakan parang di belakang kedai runcit Kampung Bawan, Membakut, Beaufort, semalam.


Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 45 tahun yang parah di bahu kanan dan kedua-dua tangannya dibawa ke Hospital Beaufort sebelum dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.


Suspek ditangkap oleh anak saudaranya selepas mengaku menetak mangsa sebelum menyerahkannya kepada polis.


Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, siasatan mendapati berlaku pertengkaran antara suspek dengan mangsa di belakang kedai runcit kira-kira 20 meter dari rumah mereka.


“Suspek dikatakan menetak mangsa dengan parang pada bahagian bahu kanan dan kedua-dua tangan mangsa.


“Suspek kemudian beredar dan pergi ke rumah anak saudaranya dan memaklumkan menetak isterinya.


“Susulan itu, anak saudaranya menangkap suspek ketika hendak melarikan diri,” katanya di sini, hari ini.


Azmir berkata, seorang daripada ahli keluarga suspek kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan terus menghubungi ambulans selepas mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.


“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Beaufort untuk rawatan manakala suspek diserahkan kepada anggota polis di Balai Polis Membakut yang tiba di tempat kejadian.


“Siasatan mendapati punca kejadian adalah akibat suspek cemburu selepas mengesyaki mangsa (isteri) mempunyai hubungan dengan lelaki lain di dalam Facebook.


“Selain itu, salah seorang anak mereka memaklumkan suspek dan mangsa sering bertengkar sejak awal tahun 2017 lagi dan mangsa sering meminta cerai namun suspek enggan.


“Pada Februari lalu, mangsa keluar dari rumah dan tinggal di kedai runcit yang terletak 20 meter dari rumah mereka,” katanya.


Beliau berkata, mangsa yang parah kemudian dipindahkan ke HQE Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut manakala suspek dan sebilah parang panjang dibawa ke IPD Beaufort untuk siasatan lanjut.


“Suspek berusia 52 tahun memegang Kad Pengenalan Pemastautin Tetap warga Indonesia direman untuk siasatan lanjut.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.


SUMBER Hmetro


Norlida Ishak Shop