Expired : 18.06.18

Terlajak Kaya, Pemilik Rumah Pagari Kediamannya Dengan Puluhan Motor RXZ

Chonburi Thailand – Yamaha RX-Z merupakan salah satu bukti
kejayaan Yamaha dalam motor kelas ekonomi yang pernah mereka hasilkan.
Ini terbukti walaupun ia tidak lagi dihasilkan, ia masih diburu oleh
ramai pengguna dan penggemar jentera tersebut.


Motor yang diperkenalkan di pasaran Malaysia sekitar tahun 1980-an
dilengkapi dengan enjin yang sama dengan RX King, 2 nd 135cc dengan
gearbox 5 kelajuan. Dengan spesifikasi ini, tidak hairanlah peminat roda dua ini masih mencari jentera jenama ini.


Tetapi di Chonburi, Thailand, seorang lelaki yang bernama Than telah
membuatkan para penggemar dan pencinta motorsikal jenama RXZ ini berasa
kagum. Bagaimana boleh terfikir, motosikal Yamaha RX-Z ini digunakan
sebagai penjaga rumah untuk rumahnya, dengan sejumlah 35 motosikal
berbaris dengan pagar automatik.


Lihat gambar di bawah seorang lelaki Malaysia bergambar di halaman rumah Mr Tan dengan puluhan buah RXZ



Ini dapat dilihat dalam video yang dimuat naik di rangkaian YouTube
seorang anak muda bernama Mohd irwan apabila dia sendiri telah pergi
melihat bagaimana keadaan motosikal Yamaha RX-Z diparkir di hadapan
rumah lelaki tersebut.


Apa yang mengejutkan, sejumlah 35 motorsikal itu diubah suai menjadi
deretan memagari perkarangan rumah Than. Cuma agak menyedihkan melihat
motorsikal tersebut dalam keadaan yang kusam dan kotor seolah-olah tidak dijaga rapi. Tetapi diketahui pemiliknya mempunyai minat yang besar
terhadap jentera tersebut.


” Pemilik rumah ini bernama Mr. Than, beliau juga merupakan pemilik
bengkel, dan juga peminat sejati motosikal” kata Irwan dalam video yang
dikenali sebagai peminat motorsikal Malaysia.



Irwan kemudian memberitahu bahawa ternyata bukan hanya di Malaysia
yang di jual pada harga sekitar RM12 ribu, malah motor Yamaha RX-Z ini
turut menjadi pengumpul pemburu di Indonesia juga. Katanya di sana harga boleh mencecah RP17 juta bersamaan dengan RM5 ribu lebih.


Tetapi di negara itu sendiri harganya berbeza-beza bergantung pada
tahun, cukai, dan keadaan fizikal kenderaan. Berdasarkan tinjaun salah
satu daripada mereka, membeli dan menjual di Malaysia berharga mencecah
RM 35 ribu.


Kata Irwan lagi ada RXZ yang dijual dengan harga yang tak masuk akal  iaitu RM 80 ribu hingga RM 100 ribu. Woww!


Lihat video di bawah



Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. KakiTular


sumber : hangat.com


Norlida Ishak Shop