Expired : 18.06.18

Terpaksa Ganti Anak & Menantu Bersanding, Ibu Bapa Pengantin Ini Jadi Tumpuan

Apa korang akan buat kalau persiapan kahwin dah siap sepenuhnya tapi atas sebab tak dapat dielakkan, korang tak dapat bersanding pada hari yang dah ditetapkan?


Bagi Fatheen dan suaminya, mereka tidak mensia-siakan perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk buat persiapan majlis persandingan dorang meskipun tak dapat hadir pada hari perkahwinan sendiri.


Satu posting di Twitter viral dan mendapat perhatian ramai orang dekat Twitter menunjukkan kedua ibu dan bapa Fatheen menggantikannya dan suami bersanding!





Sumber: Twitter

Malah, menurut Fatheen sendiri dia pernah bersembang dengan mama tentang majlis persandingan itu dan ternyata apa yang dikatakan menjadi kenyataan.



Mama je la sanding nanti, kita nak nikah je…”



Sumber: Twitter



Sumber: Twitter

Difahamkan, Fatheen dan pasangan tak dapat bersanding pada hari ditetapkan kerana suaminya itu perlu menjalani pembedahan di hospital. Disebabkan itu, ibu dan bapanya menjadi raja sehari menggantikan mereka.




Namun, rakan-rakan yang tahu tentang cerita itu sempat melawat Fatheen dan suami di hospital pada hari persandingan mereka. Kata Fatheen, dia bersyukur sebab dikurniakan ibu bapa yang kuat dan positif.



Even dekat hospital pun happy je tengok semua gambar orang share, orang puji macam-macam. Bersyukur sangat dikurniakan parents yang sangat strong and positive.”






Sumber: Twitter

Ramai netizen yang memuji pasangan itu terutamanya mama Fatheen yang berjaya mencuri perhatian mereka kerana wajahnya yang cantik dan awet muda.


Tak lupa juga yang turut mendoakan suami Fatheen supaya diberi kesembuhan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru ini.


Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD


Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia


Sumber: lobakmerah





Norlida Ishak Shop