Expired : 18.06.18

“Terpulang Kepada Sesiapa Yang Ingin Berkata Tapi…”- Diangkat Sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian, Ini Respon Zara Zya


Ternyata lakonan hebat pelakon Zara Zya menerusi drama rantaian Pia membuahkan hasil apabila aktres tersebut menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019, pada Jumaat lalu.


Bintang berusia 34 tahun ini turut meluahkan rasa syukur atas penerimaan anugerah yang diraih.


Zara turut berkata, dia sangat menanam impian untuk menerima trofi Anugerah Skrin.


“Alhamdulillah saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Saya memang nak sangat rasa trofi Anugerah Skrin sebab ini bukan undian ini daripada juri.


“Sejujurnya tak menyangka yang saya akan memenangi malam ini,” kongsi Zara Zya sejurus memenangi anugerah tersebut.


Tahun lalu, kategori sama telah dimenangi oleh pelakon Amyra Rosli menerusi drama Nur.


Ditanya andai ada pihak yang membanding-bandingkan, ini kata Zara;


“Itu terpulang sebab kita boleh bercakap apa sahaja yang kita nak cakap. Jadi terpulang kepada sesiapa yang ingin berkata.


“Akan tetapi saya tetap tahu yang penyokong Pia itu ada,” katanya kepada MH.


https://www.instagram.com/tv/B4Z68dIJ3DF/?igshid=7r7tsjt6mjqo


Pelakon Nabila Huda, Amyra Rosli, Pauline Tan dan Angeline Tan turut tercalon untuk kategori berkenaan.


Norlida Ishak Shop