Expired : 18.06.18

Terserah kepada beliau buat keputusan perubahan Kabinet – Tun M

PUTRAJAYA, 24 Rabiulawal 1441H, Khamis – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata terserah kepada beliau untuk membuat keputusan bagi sebarang perubahan apabila membabitkan rombakan Kabinet, termasuk menteri mana patut digugurkan.


Sesiapa sahaja bebas memberikan pendapat mereka berhubung kemungkinan berlakunya rombakan Kabinet, katanya ketika ditemui selepas merasmikan prapelancaran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019, di sini.


“Orang boleh menyatakan pendapat mereka sendiri tetapi saya akan buat keputusan sekiranya ia dipersetujui oleh lima parti yang membentuk pakatan ini,” katanya semasa menjawab satu soalan.


Semalam, Dr Mahathir membayangkan mengenai kemungkinan rombakan Kabinet dilakukan susulan kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai.


Dr Mahathir, yang juga pengerusi PH merangkap pengerusi Bersatu, bagaimanapun berkata keputusan mengenainya “tidak akan dibuat hari ini atau esok”. – Bernama


The post Terserah kepada beliau buat keputusan perubahan Kabinet – Tun M appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop