v Tertekan Dengan Industri Seni, Nana Sheme Berehat Dari Media Sosial
Expired : 18.06.18

Tertekan Dengan Industri Seni, Nana Sheme Berehat Dari Media Sosial

Selepas tiga tahun menyepi dalam industri seni, penyanyi Nana Sheme kini bangkit kembali aktif namun tetap akui menghadapi masalah untuk mencapai jakaan yang diharapkan.

nana sheme

Nana bagaimanapun mengambil pendekatan untuk berehat daripada media sosial bagi mendapatkan momentum semula sebagai penyanyi.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu “Hantu atau Buaya” ini, beliau akui untuk mendapatkan semula namanya agak sukar. Hal ini demikian kerana, mengulas mengenai tekanan yang dihadapi, Nana difahamkan terpaksa mengubah sikap pendiamnya kepada seorang yang peramah ketika bekerja.

Tambah Nana, industry seni kini bagaikan berbeza jika dibandingkan dengan tahunmula-mula beliau berkecimpung sekitar 2014.

“Tapi sekarang ni, benda dah jadi terbailk di mana saya perlu puaskan hati orang, ikut kehendak peminat dan pendengar.”

Ujarnya lagi, beliau dikhabarkan masih belum mampu menyusaikan diri dengan norma baharu. Katanya, semua orang menjangkakan sesuatu yang lebih daripada apa yang beliau mampu lakukan.

Nana berkata, beliau langsung tidak berniat untuk meraih publisiti kerana keputusan yang beliau lakukan ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Malah menegaskan dia perlu bersikap lebih profesional atas tanggungjawabnya terhadap pihak pengurusan.

Sumber: mStar