Expired : 18.06.18

Teruja Menanti Kelahiran Cahaya Mata, Izreen Azminda Kongsi Video Imbasan Kehamilan

Sedang hamil enam bulan, pelakon Izreen Azminda nampaknya sudah tidak sabar untuk menanti kelahiran cahaya mata pertama beliau bersama suami Ude Wahid.



Menerusi akaun Instagramnya, Izreen berkongsi momen bayi dalam kandungannya sedang bergerak aktif menerusi video imbasan kehamilan.


Malah, beliau juga memberi bayangan nama anaknya bakal bermula dengan huruf A menerusi hashtag #babyA.


Walaubagaimanapun, Izreen nampaknya masih belum bersedia untuk membuak ruangan komen di akaun media sosialnya itu. Mungkin sudah cukup bahagia dan tidak tertekan lagi membaca pelbagai komen daripada netizen.


Norlida Ishak Shop