Expired : 18.06.18

“Terus-Terang, Niat Saya Berikan Suami Peluang Sekali Lagi,” – Adira Cuba Perbaiki Hubungan, Dalam Proses Tarik Balik Permohonan Cerai


“Terus-terang, niat saya berikan suami saya peluang sekali lagi.” Itu kata penyanyi, Adira Suhaimi yang mengakui kini dalam proses menarik balik permohonan cerai yang difailkan terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu tau lebih sinonim dipanggil Datuk Red, baru-baru ini.


Sehubungan dengan itu, penyanyi tersebut turut mengharapkan agar peluang yang diberikan digunakan sebaik mungkin demi keharmonian rumah tangga.


“Bagaimanapun saya tidak boleh menjelaskannya secara terperinci. Memadai andai saya katakan salah satu sebab yang paling utama ialah demi anak-anak.


“Itu sahaja yang boleh komen. Kalau ditanya sama ada kami sudah berbaik atau sebaliknya, ya saya sedang cuba memperbaiki hubungan. Doakan yang baik-baik buat kami.


“Saya sekarang hanya mahu fokus dengan kerjaya dan tidak mahu lagi terkait dengan hal-hal kontroversi kalau boleh,” jelasnya kepada MH.


Ditanya sama ada Adira mengambil pendirian untuk tidak lagi berkongsi mengenai soal privasinya sekeluarga, ibu kepada dua cahaya mata ini ada jawapan sendiri.


“Sebelum ini pun saya bukan terlalu berkongsi mengenai kisah peribadi. Tetapi inilah asam garam bergelar selebriti, orang akan korek.


“Kalau bukan kita yang bukan beritahu, mungkin orang lain yang akan bercakap. Jadisekarang, fokus saya hanyalah untuk kerjaya,” jawab Adira yang turut mengakui kesabaran seseorang ada hadnya.


“Saya tidak meletakkan apa-apa syarat, cuma selagi saya masih boleh lagi bersabar kerana saya juga seorang manusia biasa.


“Harapnya, kesabaran saya itu ‘dont cross overlah’,” katanya yang sudah pun berbaik dengan suaminya itu kurang seminggu lalu.


“Banyak benda yang saya belajar. Kalau saya buat keputusan sendiri… Anak-anak masih kecil. Tidak adil untuk mereka.


“Saya anggap ini satu jalan yang baru dan insyaAllah yang terbaik untuk saya,” katanya lagi.


Adira ditemui media pada saingan kedua Semi Final Muzik-Muzik ke-34 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada Jumaat.


Pujaan Hati dendangan Adira yang juga merupakan ciptaan Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali, manakala lirik dari Ikhwan bersama Arisz Ab Rahman menjadi antara lagu yang layak ke peringkat separuh akhir.


Sebelum ini, Datuk Red ada memberi gambaran hubungan rumah tangganya bakal baik apabila berkongsi paparan skrin perbualan seorang wanita dikenali sebagai Fira di IG Stories, mendakwa bahawa Adira berkemungkinan menarik balik permohonan cerai yang difailkan sebelum ini.


Terdahulu, Adira memfailkan permohonan cerai melalui kaedah hakam dan prosiding pelantikan pegawai mahkamah itu sepatutnya berlangsung pada 9 Oktober di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat, namun ia ditangguhkan.


Susulan itu mahkamah menetapkan 17 Disember ini sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai terbabit.


Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, Asan dan Anggun yang dilahirkan 8 Ogos lalu.


Norlida Ishak Shop