Expired : 18.06.18

Tesla Mengemaskini Perisian Pengurusan Bateri Selepas Dua Insiden Kereta Terbakar

Dua insiden kereta elektrik keluaran Tesla dilaporkan dalam masa tiga minggu. Dalam dua insiden yang berlaku di Shanghai dan Hong Kong ini, kenderaan terbakar ketika sedang dicas. Hari ini Tesla telah memberikan kemas kini untuk perisian pengurusan bateri Model S dan Model X atas sebab-sebab keselamatan.


Menurut Tesla kemas kini ini merubah tetapan pada sistem pengecasan dan kawalan haba pada kedua-dua model kereta keluaran mereka ini. Mereka juga sudah menghubungi dua pemilik Model S yang terbakar bagi menyiasat punca kenderaan mereka terbakar ketika dicas. Apabila kenderaan elektrik terbakar, ia tidak mudah dipadamkan dengan hanya menggunakan air.


Dengan jumlah kenderaan elektrik yang semakin meningkat, keselamatan bateri harus dipandang serius dan pihak bomba juga perlu bersedia kerana kenderaan elektrik kerap terbakar apabila terlibat dalam kemalangan yang serius.


Norlida Ishak Shop