Expired : 18.06.18

Tg Piai Bukti PH Ditolak, Trend Sokongan Rakyat Kepada Kerajaan Makin Pudar

ALOR SETAR, 19 Nov – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, apa yang menarik untuk diperhatikan dalam kemenangan Barisan Nasional (BN) di Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai adalah tred sokongan pengundi khususnya anak muda terhadap Pakatan Harapan (PH) yang semakin pudar.


Jelas beliau, keputusan PRK tersebut memberi isyarat penolakan secara blok oleh pengundi.


“Mungkin ini kali pertama kita melihat parti kerajaan tewas dengan begitu teruk pada PRK. Walaupun pelbagai pihak telah membuat banyak analisis kemenangan BN dan kekalahan PH, namun trend sokongan pengundi yang perlu kita perhatikan kerana ia jelas menunjukkan tiada lagi keterujaan kepada PH dan tiada lagi kebergantungan harap kepada kerajaan sama ada peringkat pusat mahupun peringkat negeri.



“Melihat trend peti-peti undi saluran orang muda, jelas kelihatan anak muda kembali memberikan kepercayaan kepada BN di Tanjung Piai. Analisa menunjukan bukan sahaja undi Melayu akan tetapi ia menjangkau pola pengundian anak muda Cina dan India yang majoritinya beralih arah menyokong pembangkang,” ujar beliau kepada UMNO-Online.


Tambah Syed Johan, beliau percaya trend ini berlaku kesan daripada sikap parti kerajaan yang angkuh, tidak bertanggungjawab dan mengecewakan harapan rakyat dengan pelbagai siri penipuan janji-janji PRU-14.


“Sebab itu walaupun kita menyaksikan PH menaburkan pelbagai ‘dedak’ pilihan raya menjangkau bajet puluhan juta ringgit namun ia tidak menarik minat pengundi.


“Kondisi politik dan pentadbiran kerajaan yang flip-flop, tidak stabil ditambah cuaca ekonomi yang makin menurun, kos sara hidup yang makin meningkat dan suara anak muda yang terus dipinggirkan Kerajaan PH juga menjadi salah satu sebab trend perubahan keputusan undian anak muda ini,” jelas beliau lagi.


Namun tegas Syed Johan, BN tidak boleh ‘hanyut’ dengan trend ini.


“Kita tidak boleh selesa melihat keputusan Tanjung Piai. Satu analisa terperinci perlu dilakukan bagi mengkaji apa sebenarnya yang berlaku sehingga membawa perubahan besar pengundian kepada BN supaya dapat dijadikan panduan sekiranya ada lagi PRK dan matlamat utama kita adalah PRU-15,” ujarnya. – UMNO ONLINE


Norlida Ishak Shop