Expired : 18.06.18

The Blues 'simpan' Hazard

LONDON: Penyerang Chelsea, Eden Hazard terlepas aksi bertemu PAOK Salonika dalam saingan Liga Europa awal pagi Jumaat ini selepas mengalami kecederaan buku lali.


Bagaimanapun, dia dijangka kembali pulih sebelum pertemuan menentang Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.


Perkara itu disahkan oleh pengurus Chelsea, Maurizio Sarri.


Hazard beraksi penuh selama 90 minit ketika The Blues tewas 1-3 di tangan Tottenham Hotspur, Sabtu lalu tetapi dia dilihat berjalan dalam keadaan kesakitan ketika menuju bilik persalinan.


Bagaimanapun, Sarri menegaskan pemain antarabangsa Belgium itu tidak mengalami kecederaan serius yang memerlukan dia berehat panjang.


"Hazard tidak mengalami kecederaan serius. Dia hanya tidak boleh diturunkan esok (awal pagi Jumaat) tetapi saya fikir dia sempat pulih menjelang saingan Liga Perdana Inggeris," kata Sarri.


Hazard tidak kerap diturunkan dalam saingan Eropah musim ini dengan Sarri mahu memastikan ayam tambatannya itu cergas sepenuhnya bagi menghadapi perlawanan liga.


Bagaimanapun, Sarri mengakui dia tetap bimbang Hazard dibebani dengan tugasan yang berlebihan.


Norlida Ishak Shop