Expired : 18.06.18

The Hustle, Filem Penuh Helah Lakonan Rebel Wilson Dan Anne Hathaway

The Hustle, arahan Chris Addison merupakan sebuah filem moden yang diadaptasi daripada filem komedi Dirty Scroundrels yang ditayangkan pada tahun 1988.


Filem ini mengisahkan dua wanita ‘kaki penipu’ yang hanya menyasarkan lelaki-lelaki kaya sebagai mangsa mereka yang dilakonkan oleh Rebel Wilson dan Anne Hathaway. Dalam filem The Hustle ini, Rebel Wilson (Lonnie) merupakan seorang wanita ‘kaki penipu’ yang tidak pernah tertangkap dengan segala helahnya meskipun beliau masih lagi amatur dalam kerja seperti itu. Manakala, watak Anne Hathaway (Josephine) pula adalah seorang wanita ‘kaki penipu’ yang sudah profesional dalam bidang mengikis duit lelaki yang kaya.


the hustle vckt

Lonnie merupakan seorang wanita pisau cukur yang pandai bermain kata dengan mereka-reka kisah sedih mengenai diri beliau dan membuatkan semua mangsa-mangsa jatuh di dalam genggaman beliau. Berbeza pula dengan taktik profesional Josephine yang hanya memfokuskan kepada barangan bernilai yang dikikis melalui mangsa-mangsa yang memiliki barangan tersebut.

Kedua-dua wanita pisau cukur ini akhirnya berkenalan di dalam sebuah kereta api dan disitulah bermulanya kisah Josephine seorang yang profesional, menurunkan ilmu operasi penipuan yang hebat kepada Lonnie dan bersama-sama melakukan misi menjerat mangsa mereka.


the hustle vckt

Namun, tercetusnya konflik antara Josephine dan Lonnie apabila Lonnie tidak diberi upah dan menuntut hak beliau setelah bersama-sama berjaya menjerat beberapa mangsa di dalam genggaman mereka. Akhirnya mereka bersepakat untuk mencabar antara satu sama lain untuk menguji kehebatan masing-masing di dalam bidang tersebut.

Filem The Hustle ini akan membuatkan anda berfikir dan siapakah lebih hebat menjadi ‘kaki penipu’ dalam operasi yang ditetapkan masing-masing. Kami memberikan 7.5/10 untuk filem ini dan buat anda pula, anda harus menontonnya sendiri untuk melihat setiap perwatakan, konflik dan strategi yang diaturkan oleh kedua-dua wanita ‘kaki penipu’ ini.


Norlida Ishak Shop