Expired : 18.06.18

Thermaltake Level 20 RGB Battle Station Gaming Desk – Meja Gaming RGB Dengan Ketinggian Boleh Diubahsuai

Sistem penyalaan lampu RGB pada sebuah komputer bukanlah sesuatu yang baru. Pada mulanya ia dilihat pada kipas penyejuk, rangka komputer, dan seterusnya papan induk dan kad grafik, dan akhirnya pada aksesori-aksesori gaming.


Meja gaming Thermaltake Level 20 RGB Battle Station merupakan sebuah meja bermotor dimana ketinggiannya boleh diubahsuai untuk menjadi meja duduk ataupun meja berdiri.



Ia juga dilengkapi dengan sistem penyalaan RGB di sekelilingnya, dan ia boleh diubahsuai menggunakan Amazon Alexa ataupun perisian Razer Chroma.



Meja ini bersaiz 165 cm x 75 cm yang cukup besar untuk memuatkan komputer, paparan skrin dan aksesori tanpa sebarang masalah. Dalam pada itu, motor meja ini boleh mengubahsuai ketinggian meja daripada ketinggian 70cm sehingga 110cm, dan pengawal motor tersebut boleh menyimpan empat nilai ketinggian meja tanpa perlu anda mengubahsuainya secara manual setiap kali.



Tanda harga meja Thermaltake Level 20 RGB Battle Station ini ditetapkan pada $1199 (RM4800), tetapi buat masa ini ia masih belum diketahui jika ia akan memasuki pasaran tempatan.


Norlida Ishak Shop