Expired : 18.06.18

Tiada Angin Tiada Ribut…Sufi Rashid Padam Gambar Tunang, Kongsi Status Patah Hati, Fasal Apa?

Instagram penyanyi asal Singapura, Sufi Rashid mengejutkan ramai apabila dia bertindak memadam kesemua fotonya di platform berkenaan, termasuk gambar sepanjang majlis pertunangannya, Disember lalu.


Terkini, Instagram milik Sufi hanya mempunyai dua keping gambar sahaja.


Tindakan penyanyi Aku Sendiri itu sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi, termasuk status ikatan pertunangannya dengan gadis pilihan Nurulain Md. Yusof.


Menerusi ruangan kapsyen pada entri foto terkininya pula, Sufi ada menulis;


“Beratnya menanggung rasa hati aku…,”


Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-rata peminat meninggalkan komen pelbagai.


Bagaimanapun usaha MH menghubunginya bagi mendapatkan penjelasan mengenai apakah sebenarnya yang berlaku tidak berhasil apabila penyanyi itu tidak menjawab panggilan.


Foto: Instagram Sufi Rashid


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop