Expired : 18.06.18

Tiada coronavirus di UPSI

IPOH, 17 Jamadilakhir 1441H, Selasa – Tiada jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) dilaporkan di kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, termasuk di kawasan kediaman Marina UPSI. 


Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI Prof Dr Md. Amin Md. Taff berkata Marina UPSI telah dijadikan sebagai lokasi pemantauan di rumah, bagi 2019-nCoV terhadap pelajar antarabangsa dari China, yang mendaftar untuk sesi kemasukan ambilan Februari 2020.


Tanpa menyatakan jumlah pelajar terlibat, Md. Amin berkata, saringan awal yang rapi telah dilakukan pihak Pusat Kesihatan UPSI, semasa proses pendaftaran dan didapati semua pelajar negatif serta bebas daripada jangkitan virus itu. 


“Kementerian Kesihatan telah menggariskan proses pemantauan di rumah dijalankan bagi tempoh dua minggu, untuk memastikan semua pelajar antarabangsa China bebas dari virus tersebut.


“Proses ‘home surveillance’  ini dilakukan sebagai salah satu langkah awal, bagi mencegah simptom koronavirus. Proses ini turut dilaksanakan oleh beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam yang lain,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi UPSI, malam ini. 


Md. Amin berkata pihak UPSI sentiasa peka dan waspada terhadap kesejahteraan seluruh warga UPSI dan penduduk daerah Muallim. – Bernama


The post Tiada coronavirus di UPSI appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.